Kuala Lumpur International Hotel Saji Limpahan Lautan Untuk Ramadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kuala Lumpur International Hotel Saji Limpahan Lautan Untuk Ramadan| Kuala Lumpur International Hotel menawarkan menu berbuka puasa bertemakan ‘Limpahan Lautan’. Sajian yang ditampilkan semestinya hidangan pelbagai jenis makanan laut iaitu ‘Shellout’.  Tidak ketinggalan juga menu tradisi kampung turut disajikan.

Buffet ramadan kali ini boleh dinikmati di salah satu kafe didalam hotel in iaitu Toppot Cafe Kuala Lumpur International Hotel. Ianya adalah 100% Halal ye jadi tidak perlu risau dan gusar tentang masakan disini. Kite mulakan dulu dengan kerabu. Pelbagai jenis kerabu yang ada untuk di cuba

Kerabu suuhun
Ikan masin wajib tau boleh menaikkan selera makan
kerabu mangga
pdu

Untuk hidangan utama pula lebih kepada masakan tradisional. Pilihan hidangan yang pastinya sedap dan mengimbau masakan sewaktu pylang ke kampung. Rendang daging, ayam masak merah, udang masak sambal, kangkung belacan, gulai rebung dan favourite KP gulai masak lemak nenas ikan masin. Makan dengan nasi panas memang terbaik. Siapa lalu dah tak pandang dah .

Kangkung belacan

Gulai Nenas Masak Lemak Ikan Masin
Rendang Daging
Ayam Masak Merah
Ikan bakar – ada pelbagai pilihan . Cicah dengan sos kicap lagi awesome
Disamping itu, terdapat jua persembahan solo dari artis veteran ‘Roy- Ratnaku’ setiap hari Selasa dan Rabu bermula jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam.  Kaunter Zakat Fitrah juga ada dibuka di lobi hotel bermula pada 20 Mei – 02 Jun 2019 dan sudut pameran yang dikendalikan oleh pegawai PPZ dari 20-25 Mei 2019. Sambung balik dengan menu lain dimana ada beberapa sudut ‘live cooking’ menjanjikan keenakan seperti nasi ayam
Apa ertinya kalau Limpahan Lautan tiada makanan lautan bukan ? Ini adalah diantara limpahan lautan di Kuala Lumpur International Hotel bakal menyajikan untuk pengunjung yang hadir. Sos ada 2 pilihan iaitu pedas mahupun berkrim
Mee Sup mahupun Kuay teow sup . Fish ball , fishcake dan ayam . Letak sedikit cili api

Rojak buah pun ada
Gado-gado ye
Pencuci mulut .
Wajib dimakan selepas menikmati hidangan utama ye
Bubur kacang hijau
pudding
tart
buah0buahan
Goreng pisang sini memang terbaik cicah dengan cili kicap memang terangkat.
Roti jala pun ada dengan kuah kari ayam ataupun dalca
Antara hidangan yang sempat rasa. Penuh tablekan , yelah ada 4 orang dewasa dengan 2 budak . mana tak penuh. Pada para pengunjung yang menunaikan sembahyang terawih disini bolehlah menikmati moreh secara percuma .
Untuk buffet  Limpahan Lautan bermula dari 10hb Mei 2019 – 2hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 9.00 malam.
Harga bagi buffet Limpahan Lautan Kuala Lumpur International Hotel adalah: 
Dewasa :  RM 69 nett
Warga Emas : 50% daripada harga buffet
Kanak-kanak 5-12 tahun : RM34.50 nett termasuk 6% SST

 

Untuk membuat sebarang reservation : 03 26978833 / 0162018831 /0169218833

Facebook : www.facebook.com/klihotel



1 thought on “Kuala Lumpur International Hotel Saji Limpahan Lautan Untuk Ramadan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge