Konsert Terakhir Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Konsert Terakhir Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour” Pada 14 Jun 2019| Jika anda lahir zaman 90an pasti anda kenal dengan artis kumpulan ini. Antara lagu yang menjadi siulan waktu zaman KP dulu semestunya “When You Say Nothing At All,” “No Matter What”dan “Love Me For A Reason.” Jangan memain ye siap ada buku lirik ye nak pastikan yang mengikuti peredaran lagu terbaru.

Untuk pengetahuan anda ahli kumpulan Boyzone terdiri daripada Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch. Mereka bakal ke Malaysia untuk mempersembahkan dalam konsert terakhir iaitu “Thank You and Goodnight Farewell Tour”.  Bakal berlangsung pada 14 Jun 2019 di Stadium Malawati Shah Alam.

Jika anda juga peminat Westlife pasti anda kenal dengan Brian McFadden. Brian adalah diantara ex-ahli Westlife dan juga terkenal sebagai penulis lagu. Brian bakal membuat kemunculan sebagai artis jemputan nanti

McFadden memulakan karier nyanyinya sebagai ahli Westlife yang telah dibentuk pada tahun 1998 dan merilis album studio sulung “Westlife” pada tahun 1999.  Dia meninggalkan kumpulan Westlife tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dan telah mengeluarkan single “Real to Me,” sebuah lagu dalam album solo debutnya “Irish Son.”
Pada tahun 2016, McFadden dan Keith Duffy, ahli dari Boyzone telah membentuk kumpulan “Boyzlife” dan tur dunia, mempersembahkan lagu hits band mereka.
 “Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang tak sabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahan kemudian…” Jika anda pernah melihat penampilan TV pertama kami di “The Late Late Show”, anda mungkin akan memeranjat juga.”
“Kami telah mempersembah di stadium dan arena di seluruh dunia, mengeluarkan enam album, dan mempunyai hampir dua dozen hits. Kami benar-benar tidak dapat menyatakan seberapa anda, peminat, telah menyokong kami di sepanjang jalan. Tanpa sokongan anda, kami tidak akan mencapai apa yang kami ada, dan untuk itu kami sentiasa bersyukur.”
-berkongsi dalam laman web tur
Bagi anda yang belum membeli tiket boleh sahaja klik di link ini .  https://airasiaredtix.com/boyzone2019
 
About Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd.
ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah sebuah syarikat hiburan yang berkembang pesat yang mengkhusus dalam pelbagai perniagaan hiburan seperti konsert, muzik langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen, pengeluaran komersial dan pengedaran.
Untuk maklumat lanjut, sila merujukkan kepada laman FACEBOOK kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge