Konsert Housboom Music 2019 Bakal Mencipta Sejarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Konsert Housboom Music 2019 Bakal Mencipta Sejarah |Housboom Music tahun 2018 menempah kejayaannya sendiri dimana menerima maklum balas yang mengalakkan walaupun ianya untuk para peminat. Untuk tahun ini kembali lagi dengan menganjurkan sebuah konsert berskala besar iaitu Housboom Music 2019.

Tahun ini lebih besar dan bakal mencipta sejarah berlangsung  pada 10 November 2019 bertempat di The Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan. Konsert Housboom Music 2019 bakal menghimpunkan 7000 penonton dan dibarisi oleh nama-nama besar penyanyi dan kumpulan muzik. Gabungan genre muzik rock, hip hop , reggae dan ska bakal beraksi diatas satu pentas konsert.

Bakal berlansung selama 7 jam bermula  seawal 3 petang sehingga 10 malam itu akan dibarisi oleh nama-nama besar penyanyi serta kumpulan muzik tersohor seperti Ella, Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang

Gabungan unik antara genre muzik rock, hip hop, reggae dan ska di atas satu pentas yang gah ini bersama ribuan penonton yang hadir bakal mencipta sejarah tersendiri. Konsert berskala besar yang julung kali diadakan itu diharapkan dapat menarik seramai mungkin rakyat Malaysia terutama golongan muda yang menantikan gabungan unik ini. Lebih menarik lagi, harga tiket yang ditawarkan bermula serendah RM30!

“Hampir setiap tahun kami menganjurkan konsert, cuma kali ini ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah. Apa yang pasti, gabungan ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai setelah kami mengambil kira setiap maklum balas peminat dan pencinta muzik yang menginginkan artis kegemaran mereka bersatu diatas satu pentas.

“Konsert yang bakal menghimpunkan seramai 7000 penonton ini bakal dimeriahkan dengan persembahan demi persembahan selama tujuh jam sekaligus membuatkan penonton teruja-uja dengan seleksi pilihan lagi yang bakal dipersembahkan nanti.”

-kata Ketua Pegawai Eksekutif Housboom, Azri Zahier Azmi,

Jualan tiket untuk Konsert Housboom Music 2019  akan mula dibuka kepada umum mulai hari Jumaat, 18 Oktober 2019 melalui aplikasi mobil ‘TicketApps’. Tiket-tiket akan dijual pada harga bermula:

a) RM30 (Early Bird) 18 Oktober – 9 November 2019

b) RM60 (Pintu Masuk / Walk-In ) 10 November 2019

c) RM100 ( Rock Zone) Terhad kepada 100 penonton terawal.

Jadi buat anda semua jangan kata KP tak payung ye. Tiket memang harga berbaloi dan lihat sendiri barisan artis yang bakal menjayakan . Layan sei..

Untuk maklumat lanjut layari

Facebook : https://www.facebook.com/hausboom/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top