Konsert BLUE Live In Malaysia 2019 Temui Peminat 3 Mac 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Konsert BLUE Live In Malaysia 2019 Temui Peminat 3 Mac 2019 | Kumpulan pop British , BLUE bakal mempersembahkan koleksi lagu-lagu mereka di konsert BLUE Live In Malaysia 2019. Ianya bakal dilangsungkan di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM Cheras Kuala Lumpur pada 3 Mac 2019.

Setelah 15 tahun bersama memeriahkan industri hiburan, kumpulan ini juga pernah mendapat jualan lebih 16 juta album. BLUE masih lagi ligat dan aktif di pentas sambil membawakan lagu-lagu hits mereka yang pernah bermain di bibir anak-anak muda zaman 90an

Konsert yang ditunggu-tunggu oleh para peminat BLUE ini dianjurkan oleh KC & Friends dengan kerjasama TerryandTheCuz.

Para peminat BLUE bakal terhibur sekali lagi dengan paduan suara empat jejaka kacak iaitu Lee Ryan, Antony Costa, Duncan James dan Simon Webbe. Antara lagu-lagu hits dari tiga album mereka adalah ‘All Rise’, ‘One Love’, ‘Best in Me’, ‘You Make Me Wanna’ dan juga ‘Sorry Seems To Be The Hardest Word (duet bersama Sir Elton John)

“Dengan berganding tenaga dengan TerryandTheCuz, kami merasa amat teruja untuk membawakan BLUE Live in Malaysia kepada para peminat mereka di Malaysia. Sama-samalah kita mengimbau satu era yang terhebat dalam sejarah muzik – era boyband- dengan persembahan selama 60-75 minit tanpa henti dengan artis kumpulan BLUE”.

-kata CEO KC & Friends, Kesavan Purusotman (KC)

Tiket-tiket yang dijual seperti VVIP , Cat 3 dan Cat 4 telah habis dijual pada hari yang sama. Kini yang tinggal hanya VIP (RM398) dan Cat 1 (RM258) dan Cat 2 (RM208) dimana kuantiti tiket adalah terhad. Tiket boleh dibeli dari www.myticket.asia

Sebelum bermulanya konsert BLUE Live In Malaysia, para penonton bakal dihiburkan dengan putaran lagu-lagu oleh DJ terkenal iaitu DJ Jakeman. Konsert BLUE ini juga disokong bersama Pavillion Hotel Kuala Lumpur sebagai hotel rasmi dan MIX FM sebagai stesen radio rasmi.

Jika anda peminat BLUE dapatkan tiket anda sekarang .



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top