Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KL Vampires Bakal Bertemu Anda 14 November 2019 Nanti!|Adakah benar Vampires itu wujud di dunia ini? Selama berabad-abad manusia tidak pernah tahu tentang kewujudan vampires dalam kalangan mereka. Dunia sebenar adalah vampires dianggap mitos dan selalunya dalam kalangan masyarakat suka bercerita tentang ia di waktu malam. Filem terbaru KL Vampires bakal diterbitkan oleh Cinemaya Studios Sdn Bhd. Bercerita tentang kewujudan makhluk yang dikenali sebagai vampires ini bakal mengganas di Kuala Lumpur


Pengarah – Daven R. berkata, minat yang mendalam terhadap filem-filem fiksyen seperti Star Wars dan Close Encounters of The Third Kind telah mencetuskan idea kepadanya untuk menghasilkan filem fiksyen ini. Tahun 2012, terbaca tulisan seorang blogger yang menggunakan nama Nazri Vovinski tentang vampires. Dalam tulisannya mengatakan kewujudan vampires di Malaysia dan tulisannya ini agak melucukan. Saya pula bermimpi tentang adanya vampire jahat yang ingin menguasai dunia dan mulai saat itu saya bertekad untuk menghasilkan sebuah filem vampire.

Bagi salah seorang pelakon utama iaitu Josiah Hogan membawakan watak sebagai vampire dan membabitkan aksi antara faktor utama dia tertarik membintangi KL Vampires. Jarang mendapat watak utama sebahai hero juga menjadi salah satu sebab dimana selain merebut peluang yang diberikan serta mahu mencabar dirinya sebagai seorang pelakon.

Dalam filem ini saya membawakan watak sebagai Shah seorang ketua perajurit kepada Ratu Citra Sari yang mempunyai sejarah bercinta dengan manusia. Selain pernah menjalinkan percintaan dengan manusia, Sha juga berperanan memastikan hubungan antara manusia dan vampires sentiasa aman

Mengenai cabaran sepanjang penggambaran pula, melakukan babak aksi antara yang mencabar namun bimbingan daripada kareografer banyak membantu dirinya. Untuk filem ini banyak babak aksi yang membabitkan diri saya tetapi tunjuk ajar kareografer dari Indonesia yang di bawa khas ternyata memberikan saya banyak ilmu dan pengalaman. Misalnya salah satu babak yang paling sukar adalah babak pertarungan antara saya dan Pablo Amirul yang menggunakan kabel elektrik

Sinopsis KL Vampires
Filem ini mengisahkan tentang dua kumpulan vampire yang merupakan keturunan kepada Raja Bersiong. Mereka tidak lagi menghisap darah manusia sebaliknya menggunakan darah sintetik sebagai penggantian kepada darah manusia. Kerajaan vampires yang paling kuat ketika itu diketuai oleh seorang Ratu Vampire iaitu Ratu Citra Sari dan dibantu oleh ketua komandan iaitu Shah. Manakala kumpulan yang diketuai Argus pula merupakan anak kepada Panglima Adi Wijaya dan telah mengkhianati Raja Bersiong iaitu ayah kepada Ratu Citra Sari.

Kira-kira 200 tahun yang lalu, Raja Bersiong telah membunuh Adi Wijaya serta bala tenteranya dengan menimbus mereka didalam tanah menerusi mantranya. Argus cuba membangkitkan semula tentera-tentera tersebut dan ia hanya dapat dilakukan dengan pisau bersiong dan mantra istimewa.

Trailer KL Vampire

Aoakah yang akan berlaku seterusnya, semua ini dapat disaksikan dalam fiem KL Vampire yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 14 November 2019. Jangan lupa setkan temujanji anda untuk menantikan kesudahan filem ini. Untuk maklumat lanjut layari

Facebook : https://www.facebook.com/klvampires/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge