KITA Filem Pendek Di Rakam Menggunakan Teknologi vivo X50 Pro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KITA Filem Pendek Di Rakam Menggunakan Teknologi vivo X50 Pro| Pernah terfikir hanya dengan menggunakan telefon pintar anda boleh membuat satu filem pendek mahupun video pendek? Ini adalah yang terkini dimana filem pendek KITA dihasilkan menggunakan sepenuhnya teknologi telefon pintar vivo X50 Pro

Filem KITA
Filem pendek ini diarahkan oleh Mr Ho Yuang, Netflix Malaysia Director. Didukungi oleh pelakon dari pelbagai bangsa di Malaysia. Berdurasi selama 9 minit ini  berkisarkan kisah persahabatan diantara pelajar sekolah yang berbilang kaum. Dikongsikan situasi di dalam sekolah bagaimana antara mereka memahami dan menghormati antara satu sama lain biarpun berlainan bangsa.
Pelbagai rasa dikongsi seperti sedih, gembira dan kerjasama. Ingat ya , jika anda tidak dapat melakukan sesuatu tidak perlu dengki pada mereka yang berusaha melakukan. Tidak kira perkara atau perbuatan. Fikir-fikirkan apa yang kita lakukan demi kebaikan kepada orang lain.

“Unity among the people is what makes Malaysia strong and unique. Despite ethic and cultural differences, we bond together as Malaysians, we pull together our strength, knowledge and expertise to overcome the ups and downs.”

-kataMr. Mike Xu, Chief Executive Officer of vivo Malaysia.
vivo X50 Pro
Menggunakan sepenuhnya teknologi vivo X50 Pro.  Antara ciri hebat yang digunakan sewaktu penghasilan filem pendek ini adalah Gimbal Camera System. Ianya membolehkan video dirakamkan lebih jelas (tanpa gegaran). Tidak kira sama ada perbuatan seperti berlari, melompat mahupun menari.  Menarik sungguh
Extreme Night Vision (Super Night Mode). Ini diantara kenapa vivo X50 Pro adalah lain dari yang lain. Shoot di waktu malam yang diambil menjadi hebat dan bagus. Fokus imej jauh tidak perlu risau kerana mempunyai 60x Hyper Zoom. Jadi boleh agak kan gambar yang dirakam bakal menjadi sangat ‘clear’ dan ‘sharp’. Dengan adanya dianatara fungsi diatas ia dapat menghasilkan gambar dan video bertaraf kualiti profesional.
Lagu Tema KITA

Untuk lagu tema filem ini berjudul KITA telah dinyanyikan oleh Sheila Amzah, penyanyi yang cukup tersohor bukan sahaja di Malaysia bahkan di negara China.

Keterangan lanjut mengenai vivo X50 Pro boleh layari;



About The Author

1 thought on “KITA Filem Pendek Di Rakam Menggunakan Teknologi vivo X50 Pro”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top