Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi di Pawagam Mulai 17 March 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem ke 113 dari MIG bertajuk Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi adalah sebuah filem arahan Eyra Rahman dan akan berada di pawagam mulai 17 March 2016. Plot penceritaan dan gelagat-gelagat pelakon yang bersahaja ini pasti akan menghiburkan hati penonton. FIlem ini ringan dan sarat dengan pengajaran memfokuskan sifat-sifat murni dan kasih sayang di antara adik beradik dengan sifat kekeluargaan . Kipidapp! Selamatkan Hari JadiAntara pelakon yang terlibat kali ini Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Julia Farhana Marin, Aizat Hisham, Kartina Azia dan juga julung kalinya menampilkan Ayahanda Rani Kulop. Diserikan juga dengan Izzy Zulkhazrfee, Muhammad Murza Ihtisyam dan Ainun Batrisya di mana mereka bakal menghiburkan anda semua

Sinopsis Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Sapura (Atikah Suhaime) seorang peguam, bercinta dengan seorang pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Eddie (Hafreez Adam). Dunia mereka yang berbeza membuatkan Sapura sering rasa tergugat dengan hubungan pecintaan mereka lebih-lebih lagi Eddie sering digosipkan dengan seorang pelakon bernam Maya( Julia Farhana Marin) .Sapura tahu yang Eddie selalu menyakitkan hatinya namun disebabkan rasa sayang dan cinta terhadap Eddie, Sapura terpaksa menerima apa sahaja yang berlaku terhadap hubungan cinta mereka

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Atok Sapura Tok Daddy (Ayahanda Rani Kulop) dan Nenek Sapura, Nanny Rockie(Kartina Aziz) atau nama sebenarnya Nek Rokiah membesarkan adik Pura yang lain iaitu Akim, Afiq dan Sarah selepas kematian ibu dan ayah mereka. Akim, Afiq dan Sarah tahu tentang hubungan percintaan kakaknya itu namun mereka membantah perhubungan mereka kerana, perangai Eddie yang tidak menyenangkan mereka.Hisham ( Aizat Hassan) rakan baik Sapura sejak kecil telah menyimpan perassan terhadap Sapura.

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Pada suatu malam, di hari jadi Sapura, satu kejadian yang tidak disengajakan telah berlaku. Eddie telah tersasul menyebut nama ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. Oleh kerana marah dengan kejadian itu, Sapura membawa dirinya ke kampung dan Eddie pun turut sama mengikutnya untuk memujuk.

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi Kipidapp! Selamatkan Hari JadiNamun adik beradik Sapura mempunyai rancangan lain untuk merosakkan hubungan mereka kerana mereka inginkan Sapura bersama Hisham. Apakah kesudahannya? Apakah prank yang akan di lakukan oleh adik-beradik Sapura? Hisham dan Sapura atau Eddie dan Sapura?

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Trailer Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

OST Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Nantikan di pawagam mulai 17 March 2016

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge