Kempen Masyarakat Penyayang ‘Diet Sihat Untuk Kreativiti’ 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kempen Masyarakat Penyayang‘Diet Sihat Untuk Kreativiti’ 2014 |Ayam Brand, jenama yang terkenal di Malaysia sejak lebih 120 tahun lalu dengan rangkaian makanan dalam tin yang berkhasiat, tanpa  bahan pengawet dan tanpa MSG, kini dalam misi membantu lebih ramai golongan kurang bernasib baik untuk memupuk idea kreatif mereka melalui Kempen Masyarakat Penyayang ‘Diet Sihat Untuk Kreativiti’ 2014.
 AB_004(1)
Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand tahun ke 7 ini akan menyaksikan sumbangan produk yang mencukupi untuk kegunaan harian selama 2 bulan ke 48 buah badan kebajikan di 10 wilayah seluruh Malaysia.Alhamdulilah produk makanan yang dibekalkan amat mudah di sediakan, juga berkhasiat sesusi untuk anak-anak yatim, golongan kurang upaya jua warga emas
 
Antara Rumah Kebajikan yang hadir seperti Rumah Hope, Rumah Ozanam, Rumah Kebajikan Nurul Hasanah, Rumah Kasih Harmoni, Our Family Home, Lovely Nursing Centre, Rumah Anak-anak Yatim Shifa, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir TTDI menerima sumbangan di Balai Seni Visual Negara.
AB_002
Kempen pada tahun ini memperkenalkan Cabaran Seni Kreatif Ayam Brand dengan tema ‘Merah dan Kuning’ yang menggemakan warna korporat Ayam Brand. Ia bertujuan memupuk daya kreativiti, ekspresi diri, koordinasi mata-tangan dan kerja berpasukan.Ayam Brand memberi penekanan terhadap sumbangan produk sajian ikan di dalam tin kerana kebanyakan rumah kebajikan kurang mendapat bekalan ikan seperti tuna dan mackerel yang kaya dengan Omega-3, asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Omega-3 boleh membantu mencegah  penyakit jantung koronari, merangsang aktiviti sihat saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, menguatkan sistem ketahanan tubuh dan menggalakkan pertumbuhan sel. Di samping itu, Omega-3 juga penting dalam perkembangan daya penglihatan dan otak dalam kalangan kanak-kanak.

AB_005
“Ayam Brand berbesar hati dapat membantu rumah kebajikan menikmati makanan yang lebih pelbagai. Kami berharap dengan menggalakkan sajian ikan kepada kanak-kanak, mereka akan mendapat manfaat kesihatan dari pemakanan yang kaya dengan Omega-3,” kata Pengerusi Ayam Brand, Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed.
 
“Setiap insan kreatif dengan caranya sendiri. Walau bagaimanapun, jika kreativiti tidak dipupuk dan diberi ruang untuk dinyatakan ia menjadi terbantut. Cabaran Seni Kreatif anjuran Ayam Brand adalah ikhtiar baik untuk membantu anak-anak kurang bernasib baik melonjakkan diri mereka untuk menjadi lebih kreatif kerana ia membolehkan kerja mereka dipamerkan di galeri negara. Pendedahan awal ini boleh menyalakan semangat mereka dalam kesenian dan menetapkan laluan kerjaya mereka dalam bidang seni, ” jelas En. Fathullah

AB_003
 
Encik Zahari Bin Alwi dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih WP & Selangor berkata sumbangan Ayam Brand amat dihargai kerana ia menambah kepelbagaian dan nutrisi kepada pemakanan harian para penghuni. Ianya cepat serta mudah untuk disediakan. 
 
“Kami merakamkan penghargaan kepada Ayam Brand kerana bermurah hati memberi sumbangan makanan bertin yang sihat dan enak. Para penghuni begitu menggemari produk-produk ini dan pekerja kami menghargai betapa cepatnya mereka boleh menyediakan hidangan lazat untuk kanak-kanak ini. Kanak-kanak juga seronok dapat menyiapkan hasil seni mereka bagi Cabaran Seni Kreativiti Ayam Brand. Kami sentiasa mengalu-alukan Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand, bukan sahaja kerana produknya yang enak tetapi juga kerana aktiviti dan interaksi yang dianjurkan,” kata Encik Zahari Bin Alwi.

#ayambrand #kempenpenyayang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge