KELUANG MAN SUPERHERO IKONIK MALAYSIA DIFILEMKAN?

KELUANG MAN SUPERHERO IKONIK MALAYSIA DIFILEMKAN? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa peminat superhero disini? Superhero Malaysia? Ada ke

Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man. Kini bakal diangkat ke layar
perak.

Penerbit dan peneraju industri perfileman tanah air, Astro Shaw telah menandatangani lesen
hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd .

TITIK PERMULAAN KERJASAMA

Kerjasama ini sekali gus menjadi titik permulaan buat Astro Shaw dan Iconic Animation Studio.

Dalam memperkenalkan semula IP animasi adiwira legenda ini kepada generasi baharu serta bakal melahirkan universe adiwira tempatan terbesar.

Merupakan siri animasi popular dan diminati ramai pada akhir tahun 90-an dan awal 2000-an.

Siri animasi adiwira pertama tanah air ini diilhamkan oleh Allahyarham Haji Kamarudin Bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Kamn Ismail.

Bukan bersendirian tetapi bersama pengasas Dan Pemilik UAS Animation, Natashah Datuk Hj Md Noor dan pertama kali disiarkan pada tahun 1998.

7 MUSIM LEBIH 140 EPISOD

Mempunyai 7 musim dengan lebih 140 episod. Menampilkan jalan cerita amat unik yang mempamerkan adiwira yang diinspirasikan oleh keluang dan turut diselitkan dengan elemen komedi.

SIAPA KELUANG MAN?

Borhan yang juga Keluang Man ialah seorang pesakit di sebuah hospital mental di Tumpoi dan berubah menjadi adiwira bagi membanteras jenayah pada waktu malam dengan bantuan rakannya, Tiong Man.

Watak adiwira tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa ajaib istimewa tetapi dibentuk dengan ilmu persilatan, naluri dan sikap kejujuran yang tinggi.

Rentetan daripada reaksi positif para peminat dan penonton sejak animasi ini ditayangkan, terdapat banyak permintaan untuk mengembangkan lagi animasi kegemaran ramai ini.

Dengan kehadiran filem baru Keluang Man yang bakal diterbitkan, Astro Shaw dan Iconic Animation Studio komited untuk menghasilkan karya terbaik dengan memastikan legasi Keluang Man terus hidup bersama generasi baharu dan akan datang.

PRA-PRODUKSI

Bakal memulakan pra-produksi dalam masa terdekat dan pihak Penerbit akan mengumumkan jangkaan tayangannya di pawagam kelak.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

GARDEN OF EID FESTIVAL (GOE) LESTARIKAN KEROHANIAN, BEST!

Next Post

WESTERN AUSTRALIA WELCOMES MALAYSIANS FOR A TIME OF ADVENTURE!

Related Posts