Kelabu Muzik Video Menggunakan First Person View Racing Drone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kelabu Muzik Video Menggunakan First Person View Racing Drone~ Dah tonton tak muzik video terbaru ‘Kelabu’ dari Azlan Typewriter dengan YonnyBoii. Kalau belum kenalah tonton sebab ini adalah muzik video pertama di Malaysia yang menggunakan First Person View Racing Drone. Menggunakan professional racing drone semasa pembikinan muzik video ini adalah satu keistimewaan yang ditonjolkan.

First Person View Racing Drone

Dalam pertaruhan kali ini, bukan saja mementingkan muzik video yang cantik dari segi visual tetapi intipati lagu. Lagu Kelabu yang cukup besar maknanya kepada YonnyBoii dan Azlan Typewriter. Mana taknya. sejak lirik video dilancarkan menerusi saluran YouTube Indigital Music pada 26 Jun lalu, pelbagai mesej menyentuh hati dititipkan oleh para peminat.

Antaranya berkongsi pengalaamn dibuli serta mempunyai masalah tekanan perasaan. Sudah tentu kisah yang disampaikan ini mendapat perhatian daripada dua penyanyi lagu Kelabu iaitu YonnyBoii dan Azlan Typewriter yang turut bersimpati pada mereka yang berhadapan dengan isu sebegini.

“Buli bukan sesuatu yang indah. Ia bukan sahaja mendatangkan kecederaan mental tetapi boleh ke arah untuk bunuh diri. Mereka yang melakukan perbuataan tersebut mungkin tidak pernah sedar kesan dan trauma yang dilalui oleh mangsa.

Mesej saya mudah, percayalah dimana pembalasan tetap ada. Cuma cepat dengan lambat sahaja. Si pembuli pasti akan mendapat karma. Dan mereka akan membuli secara mental sendiri apabila timbul penyesalan pada kemudian hari”

-Kata YonnyBoii

Bagi YonnyBoii, dia gembira dan berpuas hati. Apabila mesej yang mahu disampaikan di dalam lagu ini diterjemahkan dengan baik oleh pihak produksi. Isu dibuli, tekanan perasaan dan gejolak jiwa digarap bagi meneruskan momentum lagu ini.

“Saya berterima kasih kepada barisan artis dan personaliti media sosial yang memberikan sokongan penuh kepada kempen ini. Ini merupakan sesuatu yang positif dan saya harap momentum ini diteruskan lagi pada masa hadapan.

Dengan adanya muzik video ini. kami harap mesej lagu ini akan lebih jelas. Ayuh keluar dari masalah dan berhentilah melakukan perkara terkutuk yang boleh memberikan kesan kepada mental jua fizikal”

-kata Azlan Typewriter

Kelabu bukan sahaja sekadar gabungan penyanyi dua geneari tetapi turut menyampaikan mesej yang jelas tentang isu masyarakat. Menariknya sewaktu kempen buli dilancarkan, seramai 30 artis dan personaliti sosial media terlibat sama. Membawa mesej untuk menghentikan perbuatan buli yang sudah menjadi barah dalam masyarakat sejak dahulu. Rata-rata memberikan maklum balas positif disamping mendapat mesej yang jelas daripada Kelabu

Muzik Video Kelabu

Muzik video Kelabu sudah berada di Youtube mulai 7 August 2020 jam 9 malam. Pembikinan muzik video ini pada 13 Julai lalu di sebuah bangunan komersial di Damansara. Untuk rekod, lagu ini merupakan kerjasama antara Indigital Music dan Universal Music Malaysia. Muzik video Kelabu boleh dilayari di YouTube Indigital Music ye! Maklumat lanjut layari

Facebook Indigital Mucis: https://www.facebook.com/indigitalmusic/



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top