Katharsis The Vinyl Album Terakhir Amy Bersama Search

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Katharsis The Vinyl Album Terakhir Amy Bersama Search|Katharsis – album studio ke-12 band rock legenda tanah air, Search kini diabadikan dalam format piring hitam atau vinyl.

Katharsis The Vinyl

Katharsis The Vinyl akan mula dipasarkan pada 28 Julai ini dengan harga RM199 di Fenomena Music, Plaza Damas, Kuala Lumpur dan beberapa kedai muzik terpilih serta penjual-penjual dalam talian. Ia juga dicetak terhad sebanyak 500 unit sahaja untuk pasaran seluruh dunia.

Album terbitan Datuk M Nasir yang mula dipasarkan pada 2017 ini juga menyaksikan penampilan penuh pemain dram, Pae dalam album Search sekali gus memberikan kelainan serta nafas baru dari segi ‘sound’ dan persembahan Search. Selain riff gitar Kid yang lebih berat dan bertenaga, imej Search dengan konsep urban ethnic oleh pereka fesyen dan gaya terkenal, Jiman Casablanca juga cukup menarik.

Kenapa vinyl Katharsis ini wajib dimiliki peminat tegar Search?

Presiden Pawana Music yang juga Penerbit Eksekutif album ini, Datuk Ahmad Zaharul Annuar berkata, ia adalah album terakhir Amy bersama Search selepas mengumumkan pengundurannya sebagai penyanyi Search pada penghujung Mac lalu. Menurut Ahmad Zaharul, vinyl ini juga menjanjikan bunyi audio yang lebih padat dan enak berbanding dalam format cakera padat (CD) yang dikeluarkan sebelum ini.

“Ini album terakhir Amy bersama Search yang pasti menerbitkan 1,001 nostalgia buat mereka dan peminat Search. Bagi ‘collector’ vinyl tegar dan peminat Search, ini koleksi paling sesuai. Ia juga mengandungi buku lampiran yang memaparkan koleksi gambar-gambar sepanjang kerja pembikinan album dan juga konsert Search dalam kualiti tinggi,”

“Proses ‘pressing’ ke format piring hitam dimulakan tahun lalu dan ‘master’ Katharsis dibawa ke kilang piring hitam Disc Makers di New Jersey untuk proses terakhir pembikinan Katharsis The Vinyl. Di situlah semua piring hitam,sampul, poster dan ‘booklet’ Katharsis dihasilkan dan dibungkus secara sistematik untuk edaran di Malaysia,”

-kata Datuk Ahmad Zaharul Annuar

Proses penerbitan vinyl ini mula dilakukan di studio terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Sterling Sound pada 2018. Proses mastering pula dilakukan jurutera bunyi terkenal, Ryan Smith yang pernah mengendalikan album artis rock legenda dunia antaranya Ozzy Osbourne, AC/DC dan Coldplay. Layari Facebook : Fenomena Music untuk info terkini :https://www.facebook.com/fenomenamusic/



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top