Karnival Amal Beaconhouse Little Hands, Big Hearts

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Karnival Amal Beaconhouse Little Hands, Big Hearts| Lama dah tak ke karnival di sekolah. Kalau ke karnival pastinya gerai jualan makanan ada, gerai mainan ada dan gerai ilmu atau informasi pun ada. Sewaktu karnival juga kita akan nampak keakraban dalam sesuatu keluarga jua keukhwah-an antara guru , anak murid dan ibu bapa. Berkesempatan untuk singgah dan alami sendiri Karnival Amal Beaconhouse 2019 kali ini di Beaconhouse International.

Little Hands, Big Hearts adalah tema untuk Karnival Amal Beaconhouse kali ini. Ianya adalah gabungan bersama 8 buah pra-sekolah Beaconhouse di sekitar Lembah Klang. Setiap hasil jualan di sini bakal disalurkan kepada rawatan pesakit kanser kanak-kanak UMMC (University Malaya Medical Centre) dan juga WWF. Jualan amal disumbangkan melalui pembelian kupon ye . Dengan kupon inilah diguna untuk membeli makanan, minuman. cabutan bertuah mahupun di gerai mainan/aktiviti

Pelancaran untuk karnival ini diceriakan dengan persembahan dari anak-anak kecil yang bersekolah di pra-sekolah Beaconhouse. Beraninya mereka mempersembahkan tarian lagu Black Pink . Ini KP kongsikan video yang sempat dirakam sewaktu berada di sana

Karnival ini sebenarnya bertujuan mendidik pelajar untuk memberi sumbangan kembali kepada masyarakat dan persekitaran. Ianya adalah kerjasama diantara guru, ibu-bapa  dan juga anak-anak yang belajar di sini untuk memastikan ianya berjalan dengan lancar. Bukan setakat perjalanan karnival lancar tetapi masing-masing berusaha dengan kuat untuk memastikan jualan amal mencapai target.
-Mr Mikel Liow (Senior Manager Early Years Education Beaconhouse)
Apa kata jom lihat gerai- gerai yang ada di Karnival Amal Beaconhouse kali ini
Gerai Mainan
Disini semua mainan yang dimain perlu dibayar menggunakan kupon . Jika mendapat target yang di set , cop akan diberikan. Kumpul sebanyak mana yang boleh dan nanti boleh di tebus hadiah
nak main pokemon tak dapat , main yang ini pun jadilah

Kasilah dekat dia bab pancing memancing nie memang dia suka. Kat sini jer ada habis dalam 4 X game

Kalau tak dapat hasil tak tunggu kat sini ye. Banyak cop dapat pun kat sini . hahahah

Gerai Aktiviti
Di sini kebanyakkan aktiviti yang ada lebih pada pembelajaran. Setiap gerai ada ceritanya tersendiri. Seperti ini . Diajar bagaimana menggunakan kulit telur yang sudah di pakai untuk jadikan perhiasan. Cantikkan hasil kerjatangan anak-anak ini

Hadiah misteri katanya.. Bayar melalui kupon, apa yang tertera dapat hadiah. bezanya yang ini adalah setiap penyertaan pasti bawa pulang hadiah cuma besar atau kecil.
cantik dan comel
Gerai Makanan
Tempat yang wajib ada dan singgah setiap kali karnival. Yelah dah penat berjimba , bersukaria di gerai aktiviti mahupun gerai mainan di sinilah tempat untuk melepak. Menikmati hidangan jualan oleh guru-guru dan ibu bapa disini. Pelbagai pilihan ada dari western, makanan melayu,cina, india dan juga pastri
Makanan cina seperti contoh yong tau foo. harga pun berpatutan
Air jangan lupa beli tau sebab nanti tercekik macam mana .. hihih
Crispy popia di buat dihadapan pengunjung yang datang. Jangan risau makanan di sini semuanya HALAL.
Si comel nie tak habis habis dengan mac and cheese dan spaghetti carbonara.
Last sekali sebelum balik kaunter terakhir kena singgah kaunter redemption atau tebus hadiah
Ini jer yang dapat redeem . bolehlah dari takde kan
Tiada apa yang dapat digambarkan dengan kata-kata cuma , ‘thumbs up’ kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk menjayakan karnival amal Beaconhouse ini. Walaupun tangan kita kecil tapi mempunyai hati dan impian yang besar untuk membantu mereka yang memerlukan. Untuk mencapai impian ini bergabung tenaga dengan semua agar dapat disempurnakan. Moga ada lagi karnival sperti ini ditahun yang akan datang ya.
Untuk maklumat lanjut layari :



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge