Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Just Seafood Kembali Dengan Nasi Lemak Cajun & Creamy Durian Special |Sesuatu kelainan untuk kali ini dimana pernahkah anda terfikir untuk merasa hidangan seafood dengan campuran sos yang lain . Kebiasaanya adalah salted egg, BBQ sos, creamy butter, original mahupun black pepper. Jom lihat menu terbaru yang ada di sini 

 

Sedikit info Just Seafood

Terletak di aras bawah pusat beli-belah Sunway Giza, Kota Damansara, restoran yang dimiliki oleh Terence Ham ini sememangnya hanya menyediakan hidangan berasaskan seafood sahaja dan tidak menyediakan sebarang menu berasaskan daging.

Mantou dihidangkan bersama dengan hidangan yang ada

Creamy Durian Special

makanan laut yang perlu dicuba iaitu dengan digaul dengan isi durian. Memang  sangat sesuai bagi ‘hantu’ durian.

Kemanisan isi durian dicampur dengan makanan laut yang segar, ternyata menjadikannya satu sajian yang hebat dan meningkatkan selera!

Just Seafood juga menyediakan salad, tiram, gorengan, menu berasaskan ikan, Golden Salted Egg dan bermacam-macam hidangan yang sudah tentunya menyelerakan! Jika anda datang dengan perut penuh, anda pasti terkilan dan merasa rugi kerana tidak dapat menikmati keenakan makanan di sini.

Nasi Lemak Cajun

Menu yang istimewa dan terkenal adalah Nasi Lemak Cajun, satu hidangan stail cajun yang tidak boleh dijumpai di mana-mana restoran. Makanan laut seperti ketam, kupah, kerang, udang, sotong kembang dan ketam dengan sedikit lobak, ubi kentang, bawang, ikan bilis serta kacang digaul bersama sos istimewa sebelum dihidangkan di atas kertas putih yang dibentangkan di atas meja.

Sos yang digunakan sebagai sambal ternyata enak dan menjadikan sajian makanan laut ini satu hidangan yang sangat menyelerakan!

Jika anda ingin menambah petai, sayur brokoli dan siput sedut bersama hidangan sedia ada,  boleh berbuat demikian di menu Add On.

Menariknya restoran Just Seafood ini, jika anda datang berempat, anda tidak terikat untuk membeli set hidangan empat orang. Anda boleh sahaja memilih set untuk dua orang, sudah memadai.

Harga setiap set untuk:

  • 2 pax-RM119 ++
  • 4 pax-RM219++
  • 8 pax-RM429++

Inginkan maklumat lanjut boleh layari

FB:fb.com/justseafoodmy

IG:@justseafoodmy



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge