Jualan Buku Big Bad Wolf Beralih Kepada Platform Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jualan Buku Big Bad Wolf Beralih Kepada Platform Online|Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf, kini kembali. Bakal melancarkan platform e-dagang baharunya buat kali pertama untuk para pembaca di Malaysia dari 4 hingga 11 November 2020.

Jualan Buku Big Bad Wolf

Jualan Buku selama 8 hari ini bakal menggembirakan para peminat dan pencinta buku. Dimana menawarkan lebih daripada 20 juta buku dan 40,000 judul buku. Selain daripada itu, bakal menikmati buku-buku berkualiti yang baharu. Selain mendapatkan penjimatan sehingga 90% daripada harga runcit yang disyorkan.

Para pembaca dari semua peringkat umur boleh meneliti pilihan luas dari pesta Jualan Buku maya pada tahun ini. Di mana anda boleh mendapatkan pelbagai judul seperti novel, fiksyen sains, cinta, sastera, novel grafik.  Ada juga buku perniagaan, bimbingan diri, buku seni bina, buku masakan yang terlaris, dan banyak lagi.

Yang menarik kesemuanya boleh didapati dalam satu laman web. Terkenal juga dengan koleksi buku kanak-kanak.  Buat ibu bapa yang ingin mencari bahan membaca bolehlah kunjungi. Antaranya buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku mewarna, buku bergambar dan buku interaktif. Pastinya dapat memenuhi masa lapang anak-anak di rumah.

“Keselamatan pembeli dan kakitangan kami adalah keutamaan. Oleh itu, apabila pandemik melanda pada awal tahun ini, kami tidak mahu mengekang misi kami. Kami masih ingin membina generasi pembaca buku yang baharu dan menyebarkan kegembiraan melalui membaca.

Pasukan kami berdedikasi untuk memastikan para peminat buku di Malaysia masih boleh mendapatkan buku-buku yang menarik di Jualan Buku akhir tahun kegemaran mereka. Melalui platform e-dagang baharu kami, semua pembaca di Malaysia boleh membeli buku di Jualan Buku Big Bad Wolf tahun ini. Dapat membeli  dengan selamat, di mana jua mereka berada,,”

-kata Jacqueline Ng, Pengasas Bersama, Big Bad Wolf Books.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikenakan ke atas Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah, dan di negeri-negeri lain yang terlibat.  Jualan Buku Big Bad Wolf  berharap agar dapat memberikan para pembaca akses berterusan kepada pengetahuan melalui koleksi buku-bukunya.

Justeru menggalakkan kenikmatan membaca dari keselesaan rumah masing-masing. Platform e-dagang baharu ini membolehkan para pengguna melayari katalog yang mengandungi 40,000 judul buku dengan mudah.

Pelbagai promosi mengikut kategori akan menanti para pembaca. Contohnya Horrible Books, White Star Classic Fairy Tales, Magical Books Deal dan book of the Sale, the Christmas 8 in 1 Game Book.

Penghantaran Percuma Lebih RM 180

Nikmati penghantaraan percuma di Semenanjung Malaysia untuk pesanan melebihi RM180. Tawaran diskaun RM5 dengan pembelian minimum sebanyak RM80. Atau diskaun 10% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum sebanyak RM300. Tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembaca di Sabah dan Sarawak juga akan menikmati diskaun 30% dari kos penghantaran tanpa perbelanjaan minimum.

Untuk maklumat lanjut layari

Website|Facebook |Instagram



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top