JOYLEE Ipump Pengepam Susu Elektrik Mudah Alih Wajib Ada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

JOYLEE Ipump Pengepam Susu Elektrik Mudah Alih Yang Wajib Ada|Haa.. Tajuk entri kali ini sesuai untuk anda yang sedang menimang cahaya mata atau bakal menimang cahaya mata. Kelahiran cahaya mata atau anak memang ditunggu setiap pasangan yang sudah berkahwin. Anak merapatkan hubungan diantara satu sama lain dan segala persiapan di buat dengan rapi agar lancar segalanya.

Antara yang menjadi perkara penting untuk KP adalah penyusuaan dan penjagaan bayi. Dari penjagaan anak segala barangan atau alatan yang diguna untuk bayi perlu dititik berat . Tidak boleh diambil sambil lewa dan pandang remeh . Dari pengalaman dapat membantu sedikit sebanyak informasi untuk kelancaran menjaga bayi. Bayi yang baru lahir adalah digalakkan untuk mendapat susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun

Antara khasiat susu ibu dapat membekalkan :

  • membantu dalam perkembangan bayi
  • mempunyai kelebihan dari segi nutrisi
  • membantu dalam menguatkan system imuniti bayi
  • melindungi bay dari jangkitan penyakit kecil seperti selesema , cirit birit jua radang paru-paru

Waktu anak-anak KP berusia 7 hari, KP mengalami situasi dimana susu tidak dapat dihasilkan . Penat dari segi mental dan fizikal untuk memastikan susu cukup untuk si comel. Jadi perlu mencari jalan alternatif untuk menyelesaikan situasi ini.

Menarik untuk di kongsi kali ini tentang pengepam susu elektrik moden. JOYLEE Ipump Pengepam Susu elektrik mudah alih moden telah berada di pasaran. Ianya adalah kelengkapan yang direka mengikut trend terkini dimana ianya mudah alih dan ringan untuk dibawa kemana-mana terutama sekali apabila bercuti. Ianya juga sangat selesa dan pratikal untuk anda seorang ibu yang mementingkan masa. Butang kontrol yang dapat mengawal sedutan mengikut kesesuaian. Jadi memberi banyak pilihan kepada ibu yang menggunakannya.

Butang kontrol yang ada dapat mengawal sedutan mengikut kesesuaian. Mempunyai 27 jenis sedutan dari rendah dan yang paling maksimum. Apabila anda sedang mengepam susu, informasi ini akan direkod dan akan ditunjukkan di skrin untuk anda tahu status atau membuat catatan. Kalau anda ingin berehat dan sambung mengepam boleh sahaja dengan satu tekan pada butang berhenti. Yang paling best JOYLEE Ipump ialah ianya dapat mengurut dalam masa yang sama dan semestinya selamat. Senang dan mudah untuk dicuci ya

Dengan JOYLEE Ipump memberikan keselesaan pada seorang ibu untuk memastikan stok susu yang dihasil adalah selamat dan bersih. Pada anda yang takut payu dara kendur tidak perlu risau. Nampak ta bentuknya dimana ia direka mengikut reka bentuk sfera payu dara. Ianya juga direka dengan injap silicon untuk mencegah pencemaran akibat limpahan dan aliran balik susu ibu. Selain itu anda cuma perlukan bateri dan ianya boleh dimulakan dimana-mana

Harga JOYLEE Ipump RM497 sahaja dan diberikan sekali penutup bernilai RM129, beg sejuk bernilai RM 149 dan ice pack bernilai RM15 secara PERCUMA. Semua ini didalam satu pakej. Beli dengan satu harga tetapi dapat 4 barang . Memang berbaloi sangat-sangat ye. Satu lagi perkongsian dimana botol susu yang didatangkan sekali dari buatan PPSU yang mana botol ini mempunyai ketahanan dan boleh bertoleransi dengan suhu haba untuk pensterilan berulang.

Untuk keterangan lanjut tentang produk ini,
Website Joylee: www.joylee.co
Khidmat Pelanggan JOYLEE di talian +6016 263 774



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top