Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

JOY Design Studio Melebarkan Sayapnya di Selatan Tanahair Johor Bahru | Kalau nak beli perabot apakah perkara pertama yang anda akan listkan ? Adakah harga, konsep, warna atau perkara – perkara lain yang berkaitan . Bagi KP perkara pertama dalam priority list adalah konsep . Ini KP ingin kongsikan bersama di mana baru-baru ini KP berkesempatan ke pembukaan JOY Design Studio bersama rakan-rakan blogger yang lain.

JOY Design Studio

Joy Design Studio bukanlah baru di persada perniagaan terutama sekali di dalam bidang perabot. Ianya telah ditubuhkan sejak 2014 oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M. Nasimuddin Kamal. Cawangan baru itu terletak di Pusat Perdagangan Danga Utama, Johor Bahru. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, cawangan itu kini merupakan bilik pameran terbesar JOY setakat ini, terletak di lokasi strategik dengan kawasan trafik tinggi dalam pusat Bandar yang sibuk.  Cawangan pertama adalah di Shah Alam dan kedua di Bangsar dan  kini telah melebarkan sayapnya ke Johor Bahru. Dengan slogan “Do It Right The First Time” sememangnya sesuai dengan slogan dan konsep yang diketengahkan . JOY jua merupakan syarikat Malaysia yang membekal dan menjadi hub reka bentuk perabot Malaysia yang senantiasa menyediakan reka bentuk perabot berkualiti dan semestinya berpatutan .

“Kakitangan jualan kami bukan saja cukup terlatih, tetapi juga memiliki pengetahuan Rekabentuk Dalaman yang mampu memberikan pelanggan aneka perkhidmatan dan pengalaman. Kami sedang merancang membukan gedung keempat di Pulau Pinang menjelang 2018 berdasarkan permintaan tinggi yang semakin meningkat dari wilayah Utara. Selain itu, kami juga akan menambahbaik dalam beberapa perkara berhubung teknologi, logistik dan produk.

kata Pengarah Joy Design Studio, Sheikh Mohamad Azrul SM Nasimuddin Kamal.

Menurut Sheikh Azrul lagi, kajian JOY mengenai demografik cawangan tersebut pastinya dapat menampung jumlah kehadiran pelanggan sekitar wilayah Selatan tanah air, termasuk penduduk Johor dan Singapura. Malah, cawangan baharu tersebut juga mampu berfungsi sebagai pintu masuk kepada Joy Design Studio untuk cuba berjinak dalam pasaran antarabangsa

Ini adalah diantara orang kuat JOY Studio

Antara koleksi perabot Scanadivian yang sempat di rakam

Norwig 3 Seater & Armchair


Yang menjadi pilihan pastinya yang ini .. Design yang simple dan sesuai di padankan dengan warna dinding/wall paper yang ada 

Siap test tau … ada harapan bawa balik KL nie 

Asyik sofa sahaja kan , takkan perabot nie aje yang ada.. Ada juga meja makan.. Nie yang paling best sempat rekaan /design memang simple sangat . And penting tak makan space atau ruang

Konsep dan reka letak keseluruhan gedung perabot tersebut diberikan rupa baharu yang cukup unik, di mana pelanggan akan merasai suasana membeli­ belah yang nyaman dan mewah, iaitu konsep baharu yang diperkenalkan menerusi produk mewah mampu milik, JOY COLLECTION.

Hmmm… Sofa dah ada, meja makan dah ada masih macam ada yang kurang saja .. Haaa… Aksesori yang kurang . Disini pun ada juga di jual pelbagai koleksi di sini dari kusyen dan yang lain-lain

Perhiasan Dinding pun ada  Cantik pula frame dia

Single Chair Design

Rocking Chair untuk baby

Sempat KP rakamkan sekeping gambar untuk koleksi 

JOY ID & CAFÉ

Didalam JOY Design Building ini bukan sahaja setakat menawarkan pelbagai koleksi dan design perabot tetapi ada juga JOY ID & CAFE, iaitu sebuah kafe dalam premis dengan nama CUPPAJOY, dan firma konsultan rekabentuk dalaman, dimana cafe untuk membasahkan tekak selepas berpusing dan melihat koleksi yang ada.

Coffee antara minuman yang diada di sini. Kopi dia memang Terbaik . Hashtag #BroTenang

Lemonade juice untuk yang sukakan minuman sejuk

Coffee Time = Latte and Black Coffee Please .. 

Black Coffee and Latte in the house 🙂

Antara hidangan yang memikat hati KP adalah 

Kolaborasi JOY Dengan Jenama Tempatan

JOY sebuah syarikat milik anak Malaysia 100 peratus, sememangnya sentiasa menyokong kehadiran jenama tempatan. JOY sebelum ini pernah berkolaborasi dengan beberapa pengeluar produk jenama tempatan seperti MimpiKita, KREE, Royale Orchid, Whimsigirl dan beberapa jenama lagi. Bukan itu saja, JOY turut membuka peluang kepada mana-mana pengusaha tempatan lain untuk mewujudkan platform bisnes dengan JOY yang mungkin mampu menguntungkan jenama syarikat dan produk mereka.

Selain Johor Bahru, pihak JOY juga sedang merancang untuk membuka cawangan ke-4 mereka di Pulau Pinang menjelang 2018 berdasarkan permintaan tinggi yang semakin meningkat di wilayah Utara. Selain itu, beberapa penambahbaikkan dalam beberapa perkara berhubung teknologi, logistic dan produk.

Untuk maklumat lanjut , dilayari

Website JOY : www.joyd.my

Facebook JOY di www.facebook.com/joydmy

instagram JOY www.instgram.com/joydmy

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge