Jom Singgah RELISH di Fraser Residence Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom Singgah RELISH di Fraser Residence Kuala Lumpur |Anda inginkan kelainan untuk berbuka puasa tetapi mahukan lokasi di tengah bandaraya Kuala Lumpur? Apa kata anda buat tempahan di Restoran Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur

Disini, Restoran Relish menawarkan pelbagai jenis hidangan tradisional Melayu, hidangan Malaysia serta masakan barat untuk membangkitkan perjalanan berbuka puasa bersama mereka yang rapat dengan anda tidak kira rakan pejabat mahupun ahli keluarga .

Untuk hidangan menu utama para chef di Relish bakal menyedia dan mempamerkan kepakaran makanan tempatan jua barat. Antara hidangan yang dapat di rasa nanti adalah seperti Ayam Panggang Bijan berasap, Daging Masak Kayu Manis , Ikan Sembilang Goreng Berlada, Loh Hon Chai serta Pan-fried Seabass yang dimasak dalam sos Black Bean.

Kerabu pun ada, mana boleh lupa untuk anda yang berbuka dengan kerabu dahulu sama ada makan begitu sahaja atau dengan nasi.

Kaunter nie memang best sebab ada salad untuk anda yang berdiet atau menjaga makan. Ada juga jeruk atau asam untuk dinikmati. Jeruk kelubi, jeruk betik , jeruk mangga dan banyak lagi

Ais kacang dan cendol durian. Yang best tak yah makan kat luar makan kat dalam restoran sudah

Kuih tradisional dan pemanis mulut

Bagi keselesaan semua tetamu Islam, Fraser Residence Kuala Lumpur menawarkan bilik solat lelaki dan wanita yang berasingan di tingkat 5 di Tower I. Untuk ‘private gathering’ sebanyak 50 orang dan ke atas, Fraser Residence Kuala Lumpur menawarkan menu bufet yang disesuaikan khas untuk mereka yang berminat untuk menganjurkan untuk mendapatkan jamuan persendirian.

Promosi “Jom Singgah” berlangsung dari 8 Mei hingga 2 Jun 2019, dari 6.30petang hingga 10.00 malam.
Harga bagi buffet Jom Singgah Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur adalah: 
Dewasa :  RM 98 nett
Kanak-kanak 5 – 12 tahun : RM 58 nett

 

Untuk membuat sebarang reservation : 603 2191 0888



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top