Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom Nicklodeon Raya Di Sunway Lagoon Bersama Tersayang|Hari Raya nanti termasuk sekali dengan cuti sekolah panjang tengah tahun. Sudah ada perancangan ke tak ke mana anda ingin bercuti? Kalau belum ini KP nak kongsikan dengan menampilkan watak-watak Nicklodeon dalam kempen terbaru iaitu Nicklodeon Raya dari 25 Mei hingga 9 Jun 2019. Siapa yang tak pernah ke Sunway Lagoon memang rugi kerana pelbagai mainan air ada di sini dan selalu dinaiktaraf agar dapat memenuhi kepuasan pengunjung.

Kalau anda tahu watak Nicklodeon ada beberapa dan paling popular adalah SpongeBob SquarePants, Patrick, Dora the Explorer dan juga Teenage Mutant Ninja Turtle. Jadi bila anda ke sini, anda bukan sahaja berseronok dengan mainan air tetapi dapat bertemu dan bermain beberapa aktiviti bersama watak-watak ini. Terutama sekali anak-anak pastinya melompat kegembiraan . Aktiviti bertemakan Nicklodeon bakal menanti seperti Explorer’s Campsite dimana anak-anak boleh menguji pengetahuan dengan permainan teka-teki Dora dan Boots. Selesai sahaja aktiviti mari berseronok dengan SpongeBob SquarePants di SpongeBob’s Bubble-blowing Playtime untuk mengetahu siapa yang bakal menangkap buih terbesar. Suka pada aktiviti beraksi seperti jenayah, jom sertai pasukan membasmi jenayah bersama Teenage Mutant Ninja Turtles(TMNT) Shuriken Kids Challenge.

Call for Celebration Fun Passes

30 kanak-kanak bertuah bakal dipilih setiap hari mulai 5 sehingga 9 Jun untuk menyertai perarakan Nicklodeon Lost Lagoon. Sunway Lagoon menghadiahkan sehingga 159 keping pas ‘Call For Celebration Fun Passes’. Jadi jangan ketinggalan ye

Nak bergambar dengan watak-watak Nicklodeon Raya pun ada dimana watak-watak ini akan mengunjungi tempat-tempat tumpuan awam sekitar Kuala Lumpur daripada 4 hingga 17 Mei 2019. Bukan selalu dapat bergambar dengan mereka . Ikuti masa yang tertera waktu kemunculan mereka.  Untuk para peminat bila anda dapat bergambar  dengan watak-watak ini and juga berpeluang untuk memasuki peraduan Nicklodeon Lost Lagoon’s Spot! Snap! Post!

Kali ini jika ke Sunway Lagoon anda boleh dapatkan pakej cuti sekolah istimewa samaada FAMFun (2Dewasa+2Kanak) berharga RM 502 atay 4-To-Go(4Dewasa) dengan harga RM552. Untuk maklumat lanjut layari

Website : www.sunwaylagoon.com

Facebook : www.facebook.com/sunwaylagoonmalaysia



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge