Jom Masak Sarapan Pagi bersama F&N Seasons NutriSoy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom Masak Sarapan Pagi bersama F&N Seasons NutriSoy |Jika hari itu KP mempelajari masakan yang paling ringkas dan bertenaga untuk sarapan pagi buat anak-anak tersayang, kali ini KP pula bakal menghasilkan menu sendiri dengan F&N Seasons Nutrisoy. Nak kata KP pandai masak tidaklah juga tapi insyallah sedap rasanya.

image

Sejak adanya F&N Seasons Nutrisoy di rumah, kids memang suka, gembira dan ‘excited’sangat. Bukan kerana apa packaging F&N Seasons Nutrisoy amat senang di bawa ke mana-mana. Tidak semestinya perlu di minum di rumah sahaja malah boleh di bawa ke sekolah mahupun minum selepas melakukan aktiviti riadah.

Menu pertama yang paling senang

Telur Hancur di Gulung dengan Roti Mil

2keping roti mil

3biji telur

1sudu besar minyak masak

sedikit garam dan lada sulah secukup rasa

image

Cara memasak.

Pastikan telur di basuh terlebih dahulu. ini untuk mengelakkan bendasing yang tidak diingini bercampur. Selepas di basuh pecahkan telur dan kacau. Jangan lupa sedikit garam dan lada sulah secukup rasa. Panaskan kuali dengan api yang sederhana, masukkan minyak dan bila minyak panas, gorengkan telur yang di kacau. Lagi menarik jika boleh di buat seperti telur hancur(scramble egg). Bila warna telur berubah kekuningan angkat dan letakkan ke tepi.

image

Kuali yang panas pastikan tiada minyak, letakkan roti mil satu demi satu, panaskan ia. Bila agak panas angkat roti mil dan sedia untuk di gulung. Letakkan roti mil. Jika ingin boleh diletakkan sedikit mayonis. Setelah itu, anggarkan dalam setengah sudu besar telur hancur. Di tempatkan di roti mil Dan kemudian di gulung.

imageOleh kerana di pagi hari anak KP tidak berapa gemarkan sayur jadi KP cuma menggulungkan telur hancur bersama roti mil sahaja. Selepas digulung dengan roti mil, potong ikut kesukaan hati. KP potong 3 kerana – 1 untuk Irfan, 1 untuk Qurratul dan 1 untuk KP. Sarapan pagi yang paling ringkas tetapi lebih bertenaga bila disertakan dengan minuman F&N Seasons NutriSoy.

image

Pasti tertanya kenapa ada coklat warna-warni, ini juga adalah salah satu cara untuk menarik minat anak anak KP. Bila ditanya naknhiaskan dengan sayur sayuran boleh tak, tetapi Irfan pantas menuju ke peti sejuk dan menghias dengan coklat warna -warninya.

image

Untuk menu yang seterusnya,

image

Roti Bakar bersama Kari Ayam F&N Seasons NutriSoy

300 gram ayam

1-2 biji kentang

1sudu besar minyak

30gm cili,-tumis

70gn bawang kecil -tumis

10gm bawang putih-tumis

Sedikit serbuk kari ayam, -tumis

175ml F&N Seasons NutriSoy rendah lemak

150ml air

sedikit garam dan gula

image

CAra Memasak

Panaskan kuali, tumiskan bahan bahan (tumis), selepas berbau wangi dengan api sederhana masukkan ayam.

imageGaulkan ayam dengan tumisan tadi hingga agak sebati dan berbau wangi baru masukkan air dan juga kentang. Biarkan ia mendidih dalam 10-15 minit dan kemudian masukkan 175ml F&N Seasons NutriSoy rendah lemak sebagai pengganti pada santan.

imageGaulkan sekali lagi dan biarkan ayam dan kentang di masak hingga empuk. Setelah siap hidangkan bersama roti bakar .

image

Eh.. Kenapa ada 2 kari ayam nie, just nak share ada perbezaan bila kari ayam di masak dengan santan seperti ini. Warnanya dan juga rupa kuah kari berlainan. Sedikit pekat .

imageYnag ini pula hasil masakan KP , KP olahkan dari santan tukarkan kepada F&N Seasons Nutrisoy. Sedap ke? Manis ke? Pastilah sedap hinggakan anak anak KP ada menanyakan mama kenapa rasa cam manis .. Kuahnya agak cair ada sedikit keputihan dan teksturnya pun berbeza. betul tak kata KP

image

Jadi di serikan dengan roti bakar, makan waktu panas memang sedap, terliur sekejap

image

So ini hidangan KP

image

Menu terakhir

Honey Stars bersama F&N Seasons NutriSoy

Oh ya kalau lah KP dah tak sempat nak masak mungkin sebab lambat bangun. Ini cara yang paling senang. Minum F&N Seasons Nutrisoy bersama cereal dan pilihan KP ialah Honey Stars

image

KP dah mula suka masak sarapan untuk anak anak KP, pada anda pula yang kekeringan resipi jom layan Facebook “F&N Seasons NutriSoy ” untuk maklumat lanjut tentang kempen ini dan mempelajari lebih resipi sarapan bersama F&N Seasons NutriSoy



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top