Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya Perhatian Korporat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya Mendapat Perhatian Pihak Korporat | Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya adalah inisiatif Pat Ibrahim Project Entertainment dan merupakan Industrial Collaboration Program yang terbesar dan julung-julung kali diadakan didalam industri seni persembahan. Ini adalah untuk memperkasakan warisan tidak ketara (Intangible Heritage) telah mendapat perhatian berbagai pihak korporat. Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini PIPE! maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar.

Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya!
Pat Ibrahim Project Entertainment (PI.P.E) dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan membawakan festival ini jelajah bermula pada bulan Jun 2018 dengan melibatkan lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia. Bersesuaian dengan jenamaan festival ini iaitu Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya (JPBWB) mengandungi empat (4) komponen di dalamnya terdiri dari forum, pameran dan jualan, bengkel dan persembahan Bangsawan. Misi Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya (JPBWB) adalah untuk memelihara santun melayu, budaya dan warisan terutamanya warisan tidak ketara dalam konteks bangsawan.

Komponen Pertama – Forum
Forum yang akan membentangkan dan memperkenalkan semula Bangsawan kepada Para Remaja. Selain daripada itu, PIPE juga akan berkongsi bagaimana inisiatif dan kajian yang dibuat untuk menambahbaikkan lagi dengan gabungan inovasi dan teknologi tanpa menjejaskan struktur asal Bangsawan. Selain daripada itu para jemputan penceramah akan membincangkan hala tuju Bangsawan dan juga industri seni persembahan.

Komponen ke Dua – Pameran & Jualan
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya membawa barang-barang pameran yang bersesuaian dengan festival ini, khazanah warisan seperti songket, keris, tanjak, tenun, tekad dan banyak lagi bahan-bahan warisan yang jarang dilihat. Pameran ini juga membuka ruang bagi pengemar bahan- bahan warisan untuk bertemu dan bertukar pendapat (Networking).

Komponen ke Tiga – Bengkel
Ini adalah komponen yang paling diminati dan ianya eksklusif untuk 200 orang setiap negeri, dimana, Ketua Unit didalam produksi ini akan mengendalikan bengkel dengan peserta. Mereka akan berkongsi pengalaman dan ilmu (Knowledge transfer) bagi menjayakan  pementasan. selain daripada itu, peserta mendapat nota-nota dan Buku khas yang akan di pasaran pada 2019.

Ketua Unit yang akan mengendalikan bengkel -bengkel ini adalah :-
Pat Ibrahim – Ketua Pelatih
Siti Jasmina Ibrahim – Penulis skript
Idzuan Samad – Pereka Produksi
Akma Suriati – Pereka Kostum
Saiful Ridzuan – Pengarah Muzik
Fitri Hiswady – Pelatih Vokal
Azhar Zainal – Teknik Lakonan
Pat Gui & Hamidon – Pengurusan Pentas
Eja Ibrahim – Pembangunan Perniagaan Seni Persembahan

Komponen ke Empat – Persembahan Bangsawan Dendam Laksamana.

Bangsawan Dendam Laksamana, cerita dari mata penulis, didasarkan pada halaman di Tuhfat Al Nafis, yang menceritakan kisah Sultan Mahmud Syah-2 yang dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan membalas pembunuhan isterinya Wan Anum (yang mengandung) kerana memakan seulas buah nangka milik Sultan. Kisah yang mengerikan hati ini sangat popular di kalangan orang Melayu yang lebih tua. Lebih banyak masa, kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan oleh Nusantara. Pementasan produksi ini mengambil inspirasi daripada skrip Shaharom.

Sebagai infomasi, teater di bawah tajuk yang sama yang dipentaskan tahun lalu telah mendapat 4 nominasi dalam 15th Boh Cameronian Awards iaitu Calon Pelakon Lelaki Terbaik, Calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Calon Rekaan Kostum Terbaik dan Calon Rekaan Lampu Terbaik. Teater Bangsawan Dendam Laksamana yang pernah dipentaskan tahun lalu akan menampilkan wajah-wajah lama dan baharu. Gandingan segar yang akan diperlihatkan kali ini menampilkan Nadia
Aqilah Bajuri, Hairi Safwan, Jay Iswazir, Anwar Rusdini, Fitri, Naque Ariffin, Nazurah, Tria Aziz, Azhar, Asmidar, Ucop, Azman Hassan dan ramai lagi.
Malah tulang belakang pekan ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik), Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.

Orang ramai, para peminat bangsawan khususnya dan masyarakat setempat awam bakal bertemu dengan produksi ini di lapan (8) buah negeri bermula dengan :-
Johor – 25 Jun- 1 Julai,
Melaka – 2-8 Julai,
Pahang – 9-15 Julai,

Terengganu – 15-21 Julai,
Pulau Pinang – 22-28 Julai,
Kedah – 30 Julai- 5 Ogos,
Perak – 5-11 Ogos dan
akan berakhir di Kuala Lumpur pada 29 Oktober hingga 11 November 2018.

Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30, RM50 dan RM80. Jualan secara online pipent.peatix.com akan bermula pada Jumaat 25hb Mei 2018 ini.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top