Jalan Jalan Ramadan Buffet di Sime Darby Convention Centre 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jalan Jalan Ramadan Buffet di Sime Darby Convention Centre 2019| Dengan tema Jalan Jalan Ramadan Buffet dan  Makan Malam Ramadanmenjanjikan pelbagai pilihan hidangan untuk anda nikmati selepas seharian berpuasa. Dua pilihan buffet ini boleh didapati di Sime Darby Convention Centre. Pelbagai sajian seperti masakan melayu, india, cina dan antarabangsa semuanya ada.

Ramaan tahun ini hidangan buffet akan dikendalikan serta disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman dari SDCC yang diketahui oleh Chef  Pastri Mohd Nordin bin Abdullah. Bertemakan Jalan-Jalan Ramadan Buffet di Restoran Halia untuk tahun ini memberikan kelainan dari tahun sebelumnya. Setiap lokasi hidangan yang ditempatkan dinamakan jalan-jalan yang cukup terkenal menjual hidangan buffet ramadhan. Antaranya seperti Jalan Lang Emas, Jalan Imbi, Jalan Dorasamy dan banyak lagi. Antara hidangan yang enak boleh dirasai sepanjang bulan puasa di buffet ramadhan SDCC seperti berikut

Selain itu terdapat juga pilihan sushi, spagehti, pasta bersama sos cabonara/Bolognese dan pelbagai lagi masakan Asia dan Barat. Tidak ketinggalan juga Kacang Pool istimewa, gulai kawah dan banyak lagi.

Paling sedap dan patut dicuba

Pemanis mulut semanis warna warni. Tidak lengkap rasanya kalau tidak dihidangkan bersama manisan yang terdiri daripada kek, pastri dan kuih-muih tempatan

. Begitu juga dengan air minuman yang pelbagai seperti Sirap Selasih, Guava Sam Boi, Cincau, Air Jagung, Nescafe Tarik, tebu dan banyak lagi.

Promosi ini akan sedang berlangsung mulai 6 Mei sehingga 2 Jun 2019 di Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre mula jam 6:30 petang sehingga 10:30 malam
Harga bagi Jalan Jalan Ramadan Buffet di Restoran Halia adalah: 
RM69++ untuk bulan Mac
RM79++  untuk bulan April sehingga 5 Mei 2019.
Untuk pembelian 10  unit voucher, 1 voucher tambahan diberikan. (Kiranya beli 10 voucher PERCUMA 1 voucher).
Dewasa: RM99++
Kanak-kanak (berumur 5 sehingga 12 tahun) :25% dari harga asal
Warga emas (untuk umur 60 tahun ke atas) : 25% dari harga asal.
Umur 5 tahun ke bawah adalah PERCUMA.
Untuk membuat sebarang reservation : 03 2089 3799
Makan Malam Ramadan di China Treasure 
Jika anda penggemar hidangan makanan cina seperti dim sum dan sebagainya boleh juga ke Sime Darby Convention Centre dimana ada juga menawarkan – All you can eat 60 ala-minute dishes & 79 dim sum delicacies.
Harga bagi Makan Malam Ramadan di Restoran China Treasures adalah: 
RM69++ untuk bulan Mac
RM79++  untuk bulan April sehingga 5 Mei 2019.
Untuk pembelian 10  unit voucher, 1 voucher tambahan diberikan. (Kiranya beli 10 voucher PERCUMA 1 voucher).
Dewasa: RM99++
Kanak-kanak (berumur 5 sehingga 12 tahun) :25% dari harga asal
Warga emas (untuk umur 60 tahun ke atas) : 25% dari harga asal.
Umur 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA.
Untuk membuat sebarang reservation : 03-2089 3788

Facebook : https://www.facebook.com/simedarbyconvec/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge