IPC SHOPPING CENTRE BAWAKAN ‘SUPERSIZED PROSPERITY’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

IPC Shopping Centre Bawakan Tema ‘Supersized Prosperity’ ~Sempena Tahun Baru Cina iaitu Tahun Tikus, IPC Shopping Centre bakal membawakan tema hiasan ‘Supersized Golden Mouse Prosperity Home’ dimana para pengunjung berpeluang untuk berkeliaran sperti seekor tikus didalam rumah yang dipenuhi dengan perabot dan hiasan ala gergasi.

Pengunjung di sini pastinya kagum dengan hiasan ‘supersizeed prosperity’ yang berupa kerusi gergasi, meja makan gergasi, peti harta karun yang melambangkan kegembiraan , kekayaan, kesejahteraan, keamanan dan keharmonian didalam kehiduapan individu.

Para pengunjung IPC Shopping Centre juga berpeluang untuk mendapatkan biskut raya dan hamper yang dijual di kedai-kedai pop up sementara yang berada di ruang legar, aktiviti bengkel seni dan kraf. Selain itu Tahun Baru Cina tidak meriah jika tiada seisi beramah mesra Bersama God dan Goddes of Prosperity dimana dikatakan membawa tuah pada pengunjung. Anda yang hadir bakal menikmati orchestra Cina yang akan mendendangkan lagu-lagu sempena Tahun Baru Cina. Tarian singa pula adalah wajib untuk di tarikan di sini untuk membawa tuah buat semua.

Tidak ketinggalan juga, luangkan masa anda bersama mereka yang tersayang atau ahli keluarga jua kawan-kawan untuk menyaksikan persembahan Tarian Cina yang tradisional dan bukan moden. Persembahan yang dinantikan oleh semua ya

Untuk maklumat lanjut layari

IPC Website : www.ipc.com.my

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top