Contest: Inilah Dia Pemenang Peraduan #masukdramaseludup …

Contest: Inilah Dia Pemenang Peraduan #masukdramaseludup …
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
rp_s1-300x300.png
Inilah dia Pemenang Peraduan #masukdramaseludup . Pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ akhirnya memilih Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) berasal dari Johor dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang Kuala Lumpur . Di antara ramai perserta yang turut serta dalam peraduan ini mereka telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut. Andika dan Afieqah berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.
a
 Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd , drama sarat aksi dan cinta in berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan juga pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualitu hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengakalan Balak di Masjid Tanah Melaka sebagai lokasi dan kini dalam fasa kedua penggambaran
Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.
s5
“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.
andika
Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya“. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan. Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.
afieqah
 Untk maklumat lanjut mengenai “Seludup” dan peraaduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat sila layari laman FB Seludup
#kitepunye #seludup #masukdramaseludup
logo

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top