Ingin Tahu Hak Sebagai Pengguna Layari Website KPNDKK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ingin Tahu Hak Sebagai Pengguna Layari Website KPNDKK |Setiap barangan yang dibeli pastinya perlu mengikut harga yang dipamerkan. Begitu juga apabila anda membeli perkhidmatan yang ditawarkan , penjual tidak boleh menukar sesuka hati mereka. Jika ini berlaku bagaimana? Siapakah yang dapat membantu anda ? Kalau ingin membuat aduan bagaimanakah caranya? Mungkin ada yang sudah tahu atau bagi mereka yang belum tahu, KP ada penyelesaiannya. Tahukah anda atau pernahkah anda mendengar tentang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK) 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK)  sebenarnya bertindak apabila mendapat laporan atau aduan dari pengguna. Siapakah pengguna itu pastinya anda sebagai pembeli !!. Apabila anda melaporkan pada pihak KPDNKK, penyiasatan secara terperinci akan dilakukan dan kemudian tindakan yang sepatutnya akan diambil. Seperti contoh, jika di pasar besar harga ayam tidak dipamerkan dan kita sebagai pengguna ingin membeli boleh membuat aduan pada KPDNKK atas sebab “tidak mempamerkan harga barangan basah” .

Itu belum lagi jika harga barangan yang dinaikkan nilainya sesuka hati seperti harga nasi lemak, roti canai dan sebagainya kerana harga minyak naik. Ini sememangnya tidak munasabah dan kita sebagai pengguna perlu membantu pihak KPDNKK dengan membuat aduan. Contoh lain adalah seperti barangan kawalan yang tidak boleh dinaikkan harga sesuka hati

Antara aduan yang diterima oleh pihak KPDNKK

  • Penipuan Perkhidmatan
  • Penipuan Harga
  • Penipuan Transaksi Internet
  • Jualan Bahan Petroleum
  • Tiada Tanda Harga
  • Bengkel Kenderaan Bermotor
  • Pekhidmatan Telekomunikasi
  • Penipuan Gores Dan Menang
  • Penipuan Perjanjian Sewa Beli
  • Penyelewengan Jualan Lansung

Yang pastinya apabila para penjual berleluasa dengan sikap diatas pastinya merekalah berkuasa dan dapat mengaut untung atas angin. Kita sebagai pengguna bukan sahaja kerugian tetapi melopong kerana mereka ini. Antara hak -hak pengguna seperti yang dikongsikan . Kita mempunyai hak untuk mendapat maklumat secukupnya

Friends of KPNDKK

Friends of KPNDKK dapat membantu rakyat Malaysia dimana pelbagai kelebihan dan kebaikan dikongsi bersama. Asalkan anda warganegara Malaysia bolehlah mendaftar di

Website Friends of KPNDKK  http://fok_sp.1pengguna.com/sp/.

Nak dapatkan informasi terkini tentang hak kita sebagai pengguna, boleh sahaja layari di website di bawah . Kalau nak cepat boleh juga hubungi no talian bebas tol yang disertakan . Ingat tau setiap pengguna mempunyai hak mereka jika harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan tidak memuaskan . Jadi, layarilah

2 thoughts on “Ingin Tahu Hak Sebagai Pengguna Layari Website KPNDKK”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge