ICSYVMY 2 Minggu Pertama- Salah Pilih Bikin Hael Husaini Tersipu-Sipu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ICSYVMY 2 Minggu Pertama- Salah Pilih Bikin Hael Husaini Tersipu-Sipu|Ini adalah jawapan artis jemputan iaitu Hael Husaini ketika ditanya mengenai pilihannya untuk berduet dengan penyanyi misteri yang diberi gelaran ‘Eksperiwomen’, di episod pertama I Can See Your Voice Malaysia 2 – ICSYVMY 2, yang telah pun bersiaran semalam.

Namun apakan daya, pilihan Hael yang disangkakan seorang penyanyi sebenar ternyata salah kerana pasangan duetnya itu merupakan seorang penyamar bersuara sumbang. Terkejut dengan suara Eksperiwomen, Hael hanya mampu ketawa. Walaupun tidak mempunyai bakat menyanyi, Eksperiwomen atau nama sebenarnya Noorhapizah Binti Napiah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 untuk episod ICSYVMY 2

Di pusingan pertama, panel penyiasat yang diwakili oleh Azira Shafinaz dan Haziq Hussni selaku penyiasat jemputan serta barisan penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul berjaya meyakinkan Hael untuk menyingkirkan penyanyi misteri yang digelar sebagai ‘Work-It-Out’. Setelah disingkirkan, penyanyi misteri yang bernama Nu’aim Mubaarak Bin Abdul Rahman ini dijemput untuk ke pentas penentuan dan mendedahkan suara sebenarnya.

Siapa sangka, jejaka yang gemar bersukan ini sememangnya berbakat dan mempunyai suara yang lunak! Bukan itu sahaja, Hael juga terpegun dengan kebolehannya untuk berinteraksi dengan para penonton ketika membuat persembahan di ICSYVMY 2

Dua lagi penyanyi misteri telah disingkirkan di pusingan kedua. Selepas melihat persembahan lip-sync mereka, Hael telah memilih ‘Jom! Berkelah’ (Nazrul Ashraf Bin Mustafa) dan ‘Roll, Roll, Roll The Ball’ (Irdina Nabila Binti Zulrahman) sebagai penyamar bersuara sumbang lantas mereka perlu mendedahkan suara sebenar mereka di pentas penentuan.

Kali ini, salah seorang daripada mereka merupakan penyamar, manakala lagi seorang pula adalah penyanyi sebenar. Ramai yang rasa lucu kerana penampilan Nazrul amat meyakinkan, tetapi nyanyiannya pula berbeza dengan apa yang disangka.

Untuk pusingan ketiga di ICSYVMY 2 , tiga ahli penyiasat perlu mempertahankan seorang penyanyi misteri. Mereka diberi peluang untuk mendengar secara individu rakaman suara sebenar penyanyi misteri. Hael perlu membezakan benar atau bohong berdasarkan penerangan ahli penyiasat dan telah diberi masa 100 saat untuk berbincang dengan ahli penyiasat dan penonton sebelum membuat keputusan.

Selepas selesai berbincang, Hael telah menyingkirkan ‘Juara Sepak Takraw’ (Muhammad Aidil Anuar Bin Mohd Nizam). Tekaan Hael sekali lagi salah kerana Aidil berjaya membuktikan bahawa dia boleh menyanyi, malah dia turut sebak dan terharu kerana diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas ICSYVMY 2.

Bagi pusingan terakhir, Hael harus memilih seorang pasangan duet, dan dia telah memilih untuk menyingkirkan ‘Hero Sempadan’ (Hazwan Bin Ismail). Seperti yang diteka, Hazwan memang seorang penyamar bersuara sumbang.

ICSYVMY 2 dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama.

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMY 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3! ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVE secara HD di tonton, YouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official.

Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMY di laman media sosial anda. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.



1 thought on “ICSYVMY 2 Minggu Pertama- Salah Pilih Bikin Hael Husaini Tersipu-Sipu”

  1. Pingback: ICSYVMY2 Minggu 4 Semua Sangkaan Naluri Datin Alyah Tepat!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top