HP DeskJet Ink Advantage 3776 All-in-One Printer Semua Pun Boleh!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HP DeskJet Ink Advantage 3776 All-in-One Printer Semua Pun Boleh!|  Memberi satu pengalaman baru pada pengguna. Mengikuti trend terkini untuk memastikan kepuasan pengguna diutamakan. Untuk KP ini adalah antara yang terbaik dari HP Printer. Dengan mempunyai anak-anak yang sedang membesar, printer atau pencetak adalah keperluan. Diperlukan dalam kerja khusus mereka dan ada juga untuk aktiviti didalam kerja sekolah

Ianya diantara yang terkecil InkJet All-In-One Printer. Masih menggunakan 2 cara iaitu menggunakan kabel untuk menjalankan kerja-kerja fungsinya ataupun Wifi. Bila sebut Wifi, ini diantara yang memang dinantikan . Zaman sekarang semuanya bergantung pada internet dan Wifi . Jarang kite lihat menggunakan wayar yang panjang di cucuk untuk mencetak ye

 

HP DeskJet Ink Advantage 3776 All-in-One Printer

Digunakan untuk mencetak pelbagai urusan seperti hal pejabat atau hal sekolah mahupun urusan sendiri. Ianya adalah yang terkecil dalam erti kata All-in-One dimana boleh mencetak, mengimbas, membuat salinan. Mencetak pelbagai urusan tidak kira dalam dokumen mahupun gambar rajah. Mengimbas- mengimbas dokumen yang diperlukan pada email tidak kira waktunya. Membuat salinan- sesuai untuk KP dimana anak-anak meminta untuk membuat salinan kerja sekolah.

Jika malam baru nak cerita untuk membuat salinan mana ada lagi kedai yang dibuka? Jadi ia adalah diantara barangan yang diperlukan dalam keluarga dimana ia dapat membantu terutama di saat genting untuk membuat salinan kerja sekolah untuk anak-anak .

Selain dari kecil, ia dapat menjimatkan ruang. Lihat sahaja bentuk pencetak ni. Yang penting ianya menang dalam penjimatan seperti harga, ruang dan paling penting penggunaannya.

Selain dari kecil, ia dapat menjimatkan ruang. Lihat sahaja bentuk pencetak ni. Yang penting ianya menang dalam penjimatan seperti harga, ruang dan paling penting penggunaannya.

Pilih nak yang mana mencetak, mengimbas atau membuat salinan . Jika ink kurang , kertas tidak mencukupi semuanya tertera disini. Ini pilihan warna untuk kami .. Sahaja ambil warna yang sejuk mata memandang ..

Nak print boleh saja guna 2 cara . Tidak perlu risau kerana anda tidak semestinya perlu mencetak menggunakan wayar USB. Anda boleh sahaja mencetak dengan menggunakan applikasi HP DeskJet Ink Advantage melalui smartphone anda. Perlu download applikasi terlebih dahulu dan membuat set-up sekali sahaja dan semuanya di hujung jari sahaja.

Satu lagi yang KP suka adalah dikongsikan informasi tentang ink atau catridges. Jadi sebagai pengguna boleh buat congak kira berapa boleh bertahan jika kita adalah pengguna tegar atau ‘heavy user’.

Jika berwarna lebih kuran 150 muka surat dan jika warna utama iaitu hitam boleh mencetak lebih kurang 480 muka surat

tempat untuk meletak ink cartridges. Senang dan mudah . Seperti KP , kakak sendiri yang memasangnya. Tidak perlu bantuan KP pun

Ini adalah packaging untuk ink cartridge. Ada perbezaan ye untuk berwarna dan warna hitam saja. Di outlet atau di kedai ada yang jual sepasang ada yang jual secara individu . Perlu tahu yang mana satu anda inginkan ye. Jom lihat unboxing HP DeskJet Ink Advantage 3776 All-in-One Printer dari anak-anak

 

View this post on Instagram

 

HP Little Makers : Challenge 4 Task : Around The World Memandangkan exam next week kita kasi kids rilex kejap main gunting-gunting, lekat-lekat. Kids buat semua sendiri dari print hingga menggunting. Mama observed sahaja. Senang sahaja, kena letak landmark di peta yang siap diprint. Dari South America-North America, Europe, Africa -Antarctica dan last sekali Australia-Asia. Yang paling senang pastinya KLCC Twin Towers bukan? Nak juga join tapi tak sempat, jangan risau masih ada lagi berbaki 4 challenge belum mula. Follow kite untuk tahu challenge yang seterusnya, jom sama sama menggalakkan kids untuk turut serta dengan kreativiti masing-masing. #kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #HPlittlemakers #hpdeskjet

A post shared by Kitepunye (@kitepunye) on

Jadi KP dah miliki bagaimana dengan anda ?



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top