Hokkaido Seafood Gen Japanese Restaurant Sunway Putra Hotel KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hokkaido Seafood di Gen Japanese Restaurant Sunway Putra Hotel KL|Irfan teringin nak makan makanan Jepun tetapi tidak tahu dimana sedap. Kalau dapat Salmon teriyaki atau chicken teriyaki mesti sedapkan mama. Amboi , menu tak ingat dunia mana nak cari menu macam tu kat dalam Sunway Putra Hotel KL nie?

Ala mama kat tingkat 10 dalam Sunway Hotel ini ada. Gen Japanese Restaurant mama.. Tak percaya jom kite pergi cuba makan kat sana nak tak? rupanya dah siap sekodeng restaurant apa yang ada. Baru ingat nak ajak makan kat mall sebelah. Masuk saja sejuk mata memandang dengan hiasan tempat makan malam.

Dihidangkan Japanese tea sewaktu menikmati hidangan di sini. Cantiknya set teko dan cawan ini. Marble design

Masuk Gen Japanese Restaurant kenalah makan makanan Jepun kan? Di sini ada 2 jenis menu yang KP pilih untuk anak-anak. Satu set bento dan satu lagi set teppanyaki. Jom layan pilihan mereka. Ini adalah Bento Set Menu .. Setiap set yang dihidangkan ada appetizer, sashimi, tempura, main course dan dessert. Harga pun berpatutan ye .

Tempura : mixed vegetables and seafood

Salad

Miso Soup

Main Dish : Grilled salmon dengan teriyaki sauce,

Sashimi : Tuna, Salmon dan Squid

Deep fried egg plant,

steamed white rice

Fruits of the day

Dessert : Green Tea Ice- Cream

Mencuba lagi satu hidangan yang memberikan kelainan tetapi kepuasan dalam antara makanan Jepun disini

Teppanyaki Hokkaido Seafood, Teppanyaki Yasai dan Teppanyaki Matsu. Beza antara ketiga ini adalah

Hokkaido Seafood : King Tiger Prawn , Scallop dan Salmon Teppanyaki

Teppanyaki Yasai : Tofu Teppanyaki

Teppanyaki Matsu : Chicken or Beef Teppanyaki

Pilihan kami dalam banyak-banyak teppanyaki set adalah Hokkaido Seafood

King tiger prawn with Scallop and Salmon Teppanyaki,

Fried Rice

Miso Soup

Stir-Fried Oriental Vegetables

Zensai (Special appetizers of the day) Chef’s House Salad

Bawang goreng, daun bawang dan sos cili

Tengoklah siapa yang paling happy malam nie. Mana taknya antara favourite food dia adalah makanan Jepun wajib ada salmon teriyaki. Nasi 2 mangkuk pun boleh habis ye

Yang kakak agak shy-shy cat sikit. Dia memilih Hokaiddo Seafood. Kakak kata King tiger prawn with Scallop and Salmon Teppanyaki makan dengan fried rice sedap. Fried Rice dia rasa lain sikit walaupun nasi goreng.

Ianya cuma beroperasi 2 masa sahaja dari

Selasa dan Rabu

Tengahari: 12.00pm hingga 2.30pm

Malam : 6.00pm hingga 10.30pm

Menu: Bento Set, Teppanyaki Set dan Ala Carte

Khamis hingga Ahad

Tengahari: 12.00pm hingga 2.30pm

Malam : 6.00pm hingga 10.30pm

Menu: Bento Set, Teppanyaki Set , Ala Carte, Japanese Inspired Buffet

Untuk membuat sebarang reservation : 03 4040 9888

Facebook : https://www.facebook.com/sunwayputrahotelkl/

Entri ini adalah throwback percutian kami sehari sebelum ayah mertua pergi menghadap Allah SWT. Lama menanti masa yang sesuai untuk berkongsi percutian kami. Harap maaf diatas kelewatan ye



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top