Helmi Gimmick Di Anugerahkan Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Helmi Gimmick Di Anugerahkan Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan |Anda kenal dengan Helmi Gimmick?  Digelar penyanyi, pelakon, motivator,  “impersonator” dan setiap kali beliau menghibur pastinya memberikan sepenuh hati.

Mungkin jarang kelihatan atau tampil di media massa tetapi sebenarnya amat aktif dengan pelbagai jemputan mengacara dan menghibur. Pelbagai majlis keramaian dan juga terkenal dikalangan syarikat korporat.

Hampir 30 tahun mengharungi onak duri dalam bidang seni ,dianugerahkan Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi yang terletak di Perancis.

Anugerah yang diterima membawa gelaran Doktor Terhormat didasari oleh reputasi yang dimiliki  didalam bidang seni. Selalu aktif menjadi speaker didalam bidang perniagaan jualan langsung seperti CNI.

Dijemput beberapa kali sebagai fasilitator Komunikasi Awam (Public Speaking) di beberapa universiti tempatan awam seperti UIAM.

“Saya merasa amat teruja dan dihargai apabila diberi pengiktirafan sebegini. Rasa sangat berbaloi dengan penglibatan saya dibidang seni selama ini.

“Saya pada asalnya bermula sebagai penghibur di hotel sahaja. Namun setelah mencari dan mengasah potensi diri didalam bidang ini, saya beroleh kepelbagaian kemahiran sampingan untuk menjana pendapatan”.

Berdasarkan dari keadaan ini saya amat teringin untuk membuka “School of Entertainer”.

Bagi membantu bakat-bakat yang ada diluar untuk mencungkil segala potensi dan mewujudkan lebih banyak Faktor X didalam diri. Untuk menjadikan mereka bukan sahaja pandai menyanyi tetapi juga bijak menghibur.

Kemahiran menghibur ini bukan bermakna anda perlu menjadi pelawak sebenarnya. Sebaliknya ianya adalah satu pembinaan karekter yang membuatkan khalayak lebih tenang dan positif.

Ianya boleh digunapakai bukan sahaja untuk penyanyi atau pelakon malah dalam kehidupan seharian. Buat semua orang suka dengan kita,  insyallah hidup lebih berkat dan rezeki pun murah.

Helmi Gimmick atau nama sebenarnya Helmi Harun yang kini berumur 58 tahun telah membuktikan kepada umum walau dalam bidang apa yang diceburi sekiranya dilakukan secara bersungguh-sungguh pastinya akan menempa kejayaan.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge