Hello Lubricant – Synthetic Formulation Engine Oil , Apa Yang Bagusnya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil , Apa Yang Bagusnya?| Kereta kalau tak service mengikut masa yang disetkan pastinya akan jadi hal. Kalau kebiasaannya bila dihantar ke bengkel atau workshop untuk di service, pasti akan di catat berapa ‘km’ yang sudah dilalui. Kemudian dilekat sticker untuk memberitahu atau mengingatkan bila kereta perlu dihantar service sekali lagi.

Pelbagai minyak enjin dipasaran yang memberi kebaikan pada kereta apabila digunakan. Untuk KP, Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil antara yang di syorkan untuk anda di luar sana dimana tak salah mencuba untuk mendapat yang terbaik bukan?

Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil

Seperti namanya sahaja ianya adalah minyak enjin separa sintetik. Diformulasi dengan aditif tambahan untuk memanjangkan hayat enjin kereta dimana senantiasa memelihara enjin sentiasa sejuk dan bersih bagi meningkatkan prestasi. Selain itu dapat membantu mengurangkan pengunaan minyak dan kerosakan pada thermal.

Selain itu memberikan perlindungan haus yang berkualiti premium dan rintangan yang lebih baik terhadap pembentukan enapcemar termasuk kadar piston yang lebih rendah.

Hello Lubricant
Hello Lubricant mengutamakan kualiti dan produk ini juga menepati piawai ISO 9001:2008.  alah insurans liabiliti sebanyak RM11,000.00 untuk satu tuntutan turut disediakan bagi menggalakkan pelanggan mengguna produk mereka. Hello™ merupakan syarikat yang sedang berkembang  di Malaysia. Dikatakan mempunyai kepakaran dalam minyak pelincir dan penjagaan kereta.
Ini KP nak cerita sikit. Tak tahu nak gelak atau nak sedih bila anda dengar nanti. KP kalau ke sana ke mari akan memandu sendirian sebab itu consider ‘me time’ sambil pasang lagu kuat-kuat. Jadi takda lah nak fokus atau dengar bunyi enjin kan!.
Kalau abah naik sure habis punya sebab kekadang enjin macam bunyi helikopter abah kata! hahahahah… Hakikatnya tak tahu kenapa. Manalah KP tahu pasal kereta . Mencari juga minyak enjin yang dapat membantu enjin menjadi senyap

 

Bila menggunakan  Hello Lubricant ada nampak perubahan. Jujur KP katakan bunyi enjin tidaklah senyap habis tapi ada pengurangan dari sebelum ini. Bukan setakat kat enjin sahaja tetapi karlau nak bawa laju pun boleh! Kenapa sebab daya pecutan dah bertambah tetapi itu bukan bermaksud ‘lesen’ untuk bawa laju ya. Bila dah boleh pecut pastinya perjalanan menjadi lancar dan cepat sampai.
Kalau dilihat pada botol Hello Lubricant , dikongsikan juga dimana ianya dapat memberi perlindungan pada enjin dengan memanjangkan jangka masa enjin kereta. Tetapi kelebihan yang satu ini KP sangat setuju iaitu dapat menjimatkan pengunaan minyak. Eh siapa yang tak suka, mesti ramai suka! Jimat minyak, perjalanan lancar dan paling best kereta terjaga.
Kalau kereta anda boleh ‘make up’ atau hias dengan sport rim atau sound system, tak salah bukan keluar duit lebih sikit untuk minyak enjin Hello Lubricant ini. Memang dari segi harga bagi KP agak tinggi berbanding dengan yang lain diluar tetapi lihat sendiri kelebihannya yang mungkin boleh ditimbang rasa. Bak kata pepatah ‘tepuk dada tanya selera’. Tak rugi mencuba dan alami sendiri.

Ganjaran Hello Lubricant

Apabila anda beli minyak Hello Lubricant pasti anda akan perasan diatas penutup botol perlu digores terlebih dahulu. Ini adalah mata ganjaran buat anda pembeli setia. Goreskan ya dan imbas kod QR yang tertera diatas penutup botol . Ikut langkah langkah dibawah dan anda boleh lihat sendiri berapa mata ganjaran yang anda dapat. Untuk maklumat lanjut layari

Website :http://hellolubricant.com/

Facebook : https://www.facebook.com/HelloLubricant/

Terus beli : //hellolubricant.com/reseller/



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top