Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hannah Delisha Tetamu Jemputan di Pelancaran Mary Jardin| Populariti mendadak yang diraih Hannah Delisha atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 21, menerusi daram Mencintaimu Mr Photographer sememangnya membawa tuah buat pelakon muda kacukan Inggeris-Melayu kelahiran Singapura ini.

Apa tidaknya,  sejak Hannah Delisha menerajui  drama bersiri terbitan MIG Production arahan Eyra Rahman yang telah bersiaran secara serentak di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (Saluran 123) sejak 3 Julai 2017 sehingga 27 Julai 2017 yang lalu, pelbagai tawaran mencurah datang buat dirinya.

Terbaru dia telah menjadi pilihan Mary Jardin untuk muncul sebagai artis undangan (guest artiste) dalam majlis pelancaran produk penjagaan kulit (skin care) yang diasaskan seorang doktor medikal iaitu Dr Maryam Aziz. Majlis pelancaran yang diadakan di Star Avenue Lifestyle , Shah Alam pada 30 Julai lalu adalah bersempena pembukaan outlet pertama mereka.

Selain populariti, pasti ada sebab lain mengapa dia menjadi pilihan seagai guest artiste bagi majlis pelancaran produk Mary Jardin yang telah pun mula berada di pasaran sejak 2016 itu.

Produk Mary Jardin 

Sesuai dengan latar belakangya yang berdarah campuran, nama produk Mary Jardin sendiri  adalah campuran nama Inggeris dan Perancis biarpun ia adalah sebuah produk yang dihasilkan anak tempatan. Mary bermaksud Maryam, manakala Jardin pula maknanya adalah taman.

Menerusi gabungan nama tersebut,  Dr Maryam Aziz telah mencetuskan formulanya sendiri untuk menghasilkan koleksi produk penjagaan kulit yang pertama iaitu  Lavender Garden Collection yang bukan sahaja diperbuat daripada bahan-bahan alami dan organik apothecary tetapi apa yang penting ia juga selamat digunakan.

Malah, mereka juga sangat mengambil berat dalam usaha mengimbangkan unsur alami dan sains dalam mencipta formulasi produk penjagaan kulit yang berkesan dan tampak mewah tetapi harganya juga berpatutan serta  mampu dimiliki.

Mary Jardin Luxe Label

Selain itu di bawah clothing line yang dipanggil Mary Jardin Luxe Label, shawl satin-sutera buatan tangan yang unik telah pun menjadi produk signature dalam pasaran fesyen. Ia turut Lavender Garden Collection. Kini, mereka tekah bersiap sedia untuk melancarkan koleksi dress yang pertama. Diperbuat daripada material satin-sutera, koleksi yang yang memiliki gabungan mewah dan premium ini mempunyai eksklusivitinya dalam keseluruhan rekaannya.

Mary Jardin adalah sebuah produk baru yang diperkatakan saat ini. Mary Jardin bersedia untuk mencipta taman keajaiban, iaitu sebuah tempat yang membolehkan wanita berkembang, memiliki kuasa dan meraih keyakinan.  Biarpun baru produk ini baru sahaja berada di pasaran sejak 10 bulan yang lalu, namun ia sudah pun menjadi platform bagi 400 wanita di luar sana untuk menceburi bidang bisnes dan menjadi usahawan. Mereka berpeluang meraih pendapatan dan keuntungan , meneruskan hidup serta merealisasikan impian. Mereka bukan sekadar ejen Mary Jarding tetapi mereka adalah sebahagian daripada ahli keluarga Mary Jardin

Hannah Delisha

Hannah Delisha (lahir Hannah Adlina Blackburne Birch; 27 Oktober 1996) ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara Singapura. Beliau berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya berbangsa Melayu Singapura. 

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan single yang berjudul ;Retak dan selepas Hannah menjadi penyanyi yang solo, menghasilkan pula single keduanya yang berjudul Anugerah . Anugerah merupakan lagu ciptaan Akir dan Forezen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, beliau pula menghasilkan single ketiganya, Tidak perlu kata apa-apa

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge