Hael Husaini Berkongsi Kiasan Dalam Single ‘HATI’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hael Husaini Berkongsi Kiasan Dalam Single ‘HATI’~Setelah berjaya memenangi tempat pertama di Anugerah Juara Lagu dua kali berturut-turut, dan kemudian tampil dengan dua versi lagu ‘Hari Ini’ secara solo dan secara duet bersama bintang tersohor R & B negara, Dayang Nurfaizah, penyanyi, komposer serta penulis lirik penuh berbakat Hael Husaini kini muncul dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Hati’.

‘Hati‘ mengisahkan seorang lelaki yang menaruh harapan pada seorang wanita, tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk untuk cuba memberitahu perkara sebenar kepada wanita tersebut. Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh pasangan pencipta karya muzik ulung negara iaitu Ezra Kong dan Hael Husaini sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu- lagu yang pernah mereka hasilkan bersama sebelum ini.Lagu & Lirik : Hael Husaini dan Ezra Kong (Self published – Raksasa Studio Publishing)

Video Muzik ‘Hati’

Di dalam lagu ini juga memperkenalkan gerakan baru didalam muzik video bagi memperkuatkan lagi lagu yang berjudul Hati ini. Sekaligus dapat mempertontonkan dinamik lagu ini kepada pendengar diluar sana. Tidak mustahil sekiranya lagu ini mampu dicalonkan dalam anugerah-anugerah berprestij yang akan datang.

”Lagu ‘Hati’ merupakan hasil nukilan Ezra Kong serta Hael sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

-kata Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records

Lagu ‘Hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik lagu ‘Hati’ ini
juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. Semestinya anda yang peminat Hael kena lihat sendiri tarian terbaru yang bakal menjadi trend atau challenge terbaru ye!



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top