Guna BEKO Vacuum Blender Buat Smoothie Untuk Irfan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Guna BEKO Vacuum Blender Buat Smoothie Untuk Irfan| BEKO Vacuum Blender. Sejak PKPP dan PKPB nie ramai yang mengadu berat badan dah naik. Ada pula yang mengadu pipi dah tembam. Ada pula yang kata duduk di rumah asyik mengunyah aje.

Haa.. siapa saja yang tak terkesan seperti begitukan. Tapi tak salah mengunyah atau makan asalkan makanan yang sihat. Agar badan sihat dan cergas ye. Memandangkan KP dan Irfan sekarang sedang ‘on diet’ dalam pemakanan, nie ada berita nak kongsi.

Kami berjaya buat smoothie sendiri ye. Sebelum nie buat asyik tak menjadi saja. Dengan bantuan BEKO Vacuum Blender semuanya menjadi alhamdulilah. Hidangan sihat dan mudah saja. Lagi mudah bila ada peralatan yang sesuai.

BEKO Vacuum Blender.

Pengisar berinovasi tinggi ini mempunyai tekonologi dan inovatif yang terbaru. Ianya mempunyai pelbagai pilihan kegunaan selain dari tahan lasak. Ianya mampu mengisar semua jenis buahan dengan mudah. Antara inovatif;

  • membantu mengeluarkan udara yang ada sebelum di adun atau dikisar.
  • mengekalkan nutrien dari sayuran mahupun buah-buahan.
  • menghilangkan pengoksidaan agar vitamin dan nutrien dipelihara sama dengan jus.

Pelbagai buahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan smoothies. Ini kerana vacuum blender beko mampu mengisar semua jenis buahan dengan mudah. Ini termasuk buat smoothie ataupun ice blended.

Tepat pada masanya memiliki dan antara spesifikasi yang membuatkan KP suka;

  • Serrated stainless steel blades – Bilah yang kuat dan kukuh. Ini yang paling penting untuk mengisar bahan makanan lebih halus.
  • Safety lock – Menjadi antara persoalan yang ditanya. Kedap udara, kemas dan selamat. Rasa dan nutrisi yang dikisar tetap ‘maintain’ atau kekal rasanya.
  • Variable speed settings with pulse – Yang paling best sebab boleh pilih ‘speed’ atau kelajuan yang suka. Nak kawal pun senang dengan sistem ‘pulse’. Tekan untuk mulakan dan hentikan kisaran.
  • Anti-slip rubber pad – waktu tengah kisar atau ‘blend’ tak bergerak pun. Jadi selamat dan tak perlu risau ada yang terkeluar atau tertumpah.
  • 1.5L Tritan jug capacity – 1.5 liter sebagai saiz kapasiti. Cukup untuk dalam persiapan makanan atau hidangan.

So inilah resipi smoothies yang disiapkan oleh Irfan

Strawberry smoothie.

Bahan-bahan
5-6 biji strawberry
½ cawan susu segar
5-6 sudu yogurt biasa

-Masukkan semua bahan kedalam blender dan biarkan ia kisar hingga halus. Kalau nak lagi sedap tambah lagi susu dan ais dimana rasanya lagi best!

Produk hebat berinovasi tinggi ini ternyata menjadikan urusan harian lebih mudah dan praktikal! Untuk maklumat lanjut layari



About The Author

1 thought on “Guna BEKO Vacuum Blender Buat Smoothie Untuk Irfan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top