Guardian Fever & Pain Tablet Relief untuk Kelegaan Sebenar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Guardian Fever & Pain Tablet Relief untuk Kelegaan Sebenar| Cepat, apakah masalah neurologikal yang paling biasa diperiksa oleh doktor di seluruh dunia? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, hampir separuh populasi di dunia mengalami masalah sakit kepala dalam tempoh setahun yang lepas.

Kebiasaannya, majoriti daripada kita bergantung kepada paracetamol yang sentiasa ada untuk melegakan sakit dan demam. Kita hanya akan mendapatkan bantuan perubatan sekiranya sakit itu tidak tertanggung atau demam masih tidak kebah. Bagi segelintir yang lain, aspek kos, masa dan kesukaran mendapatkan rawatan perubatan untuk penyakit yang dilihat sebagai masalah kecil ini memerlukan sedikit pengetahuan dan kefahaman tentang ubat yang boleh dibeli sendiri di kaunter.

Anda tidak keseorangan dengan tablet-tablet paracetamol di dalam kit pertolongan cemas, kabinet ubat, laci pejabat, beg tangan dan beg sandang sebagai persediaan jika timbul tanda-tanda seperti selesema atau sakit kepala. 

Paracetamol mula ditemui pada tahun 1877 dan telah dikaji secara ekstensif untuk keselamatan serta keberkesanannya. Usaha ini menjadikannya ubat yang selamat dan efektif apabila diambil sebagaimana disarankan. Ia merupakan ubat yang paling biasa digunakan untuk sakit dan demam di Amerika Syarikat dan Eropah[4]. Ia juga berada dalam Senarai Ubat-ubatan Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, selain menjadi ubat yang berkesan dan selamat yang diperlukan dalam sistem kesihatan[5]

Paracetamol boleh ditemui di dalam lebih 600 ubat-ubatan berbeza. Ini termasuklah preskripsi dan ubat tahan sakit di kaunter dan mengurangkan demam. Dengan harga Paracetamol yang mampu milik dan mudah didapati boleh menyebabkan kebergantungan dan seterusnya melebihi penggunaan yang ditetapkan.

Guardian merupakan satu jenama yang dipercayai di Malaysia selama lebih 50 tahun. Ia mengendalikan lebih 400 buah kedai yang menawarkan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih 2.5 juta pelanggan di Malaysia sebulan.

Kini Guardian menawarkan  Fever and Pain Relief Tablet 500mg, satu penyelesaian paracetamol umum yang dipercayai dan terbukti keberkesanannya. Sementara program pendidikan dan kesedaran  ‘Take Your Life Back’ pula membantu pengguna memahami tentang dos pengambilan yang selamat dan bilakah mereka perlu mendapatkan bantuan perubatan.

Guardian berbesar hati menawarkan rangkaian ubat paracetamol yang mampu milik ini untuk melegakan sakit dan demam ringan akibat selesema. Pada masa yang sama mendidik cara penggunaan yang lebih bertanggungjawab. Tablet ini mengandungi formulasi paracetamol yang bersifat analgesik dan antipiretik yang mampu melegakan demam, sakit kepala dan otot disebabkan oleh selsema. Ia juga lembut terhadap perut.

Fever and Pain Relief Tablet boleh didapati dalam bentuk tablet 500mg pada pada harga RM3.10  untuk 10 tablet, RM8.90 untuk 30 tablet dan RM26.00 untuk 100 tablet di semua cawangan Guardian di seluruh negara.

Ubat ini adalah sama dengan jenama ubat paracetamol dari segi dos, keselamatan, keberkesanan, kekuatan, kestabilan, kualiti, cara pengambilan dan penggunaannya. Perbezaanya hanyalah harganya yang berpatutan.  Sebagai rantaian kedai produk kesihatan dan kecantikan yang dipercayai, penghasilan Guardian Fever and Pain Relief Tablet 500mg adalah selari dengan amalan pengilangan yang ditetapkan.

Kempen kesedaran dan pendidikan Guardian Take Your Life Back mencadangkan lima langkah mudah untuk menggunakan paracetamol dengan selamat. Guardian Fever & Pain Relief Tablets 500mg boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara pada harga RM3.10 untuk 10 tablet, RM8.90 bagi 30 tablet dan  RM26 untuk 100 tablet.



Langkah 1

Baca maklumat ‘Drug Facts’ pada setiap OTC atau label preskripsi, kemudian ikut arahan tersebut.

Langkah 2

Ambil perhatian terhadap:-

  • Jumlah paracetamol  di dalam setiap satu dos
  • Berapa lama sebelum anda boleh mengambil dos seterusnya
  • Berapa banyak dos yang selamat untuk diambil dalam masa sehari
  • Dos untuk kanak-kanak dan dewasa

Langkah 3

Jangan ambil lebih daripada yang diarahkan, walaupun jika sakit atau demam anda tidak sembuh. Pengambilan ubat yang banyak membuatkan anda berisiko mengalami masalah kerosakan hati. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya sakit atau demam masih belum hilang.

Langkah 4

Jangan ambil lebih daripada satu ubat yang mengandungi paracetamol pada satu-satu masa.

Langkah 5

Jangan minum alkohol selepas mengambil ubat yang mengandungi paracetamol.

Jangan lupa tanya doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai persoalan tentang arahan pengambilan atau ubat yang mengandungi paracetamol.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge