Grilled Butter Chicken Menu Terbaru Di The Chicken Rice Shop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Grilled Butter Chicken Menu Terbaru Di The Chicken Rice Shop| Grilled Butter Chicken, pasti anda pernah merasainya! Eh belum pernah rasa lagi ke? Haa , kalau belum pernah rasa tak apa. Ini KP nak kongsikan menu terbaru yang kini ada di The Chicken Rice Shop.

Grilled Butter Chicken

Dari nama menu pasti anda tahu. Semestinya hidangan ayam dan cara masakkannya. Mana tak ayam dan mentega disatukan di dalam satu hidangan. Mesti enak dan menyelerakan. Kalau di The Chicken Rice Shop hidangan terbaru ini dihidangkan bersama set .

Set Grill Butter Chicken Meal A

Untuk hidangan kali ini, KP cuba set Meal A untuk seorang. Dalam set ini akan dapat
  • Grill Butter Chicken
  • Park Choy with Oyster Sauce
  • Nasi Ayam
  • Soup of the Day

Hidangan Grill Butter Chicken

Pasti tertanya cukup ke untuk makan seorang.  Memang cukup sebab hidangan ini banyak dan cepat kenyang. Nampak tak dari pinggan ini kelihatan daun kari dan cili api yang di masak sekali.

Pengakuan jujur dari Irfan – rasa yang sedap dan tidak berapa pedas.

Ayam di goreng dan mentega yang di masak sekali terasa. Kena pada semua kepingan ayam.

Setiap ayam yang diambil terasa. Sesuai untuk mereka yang tidak makan pedas seperti dia. Siap kata kena makan masa panas-panas mama. Ambil kuah sekali.

Ada set lain ke? Untuk keluarga atau datang dengan rakan-rakan? Ada jangan risau dimana ada set Meal B atau Meal C.
Kalau nak hidangan secara ala carte pun boleh.
Set kali ini boleh add on dengan koleksi Boba minuman terbaru dari The Chicken Rice Shop. Terdiri dari
  • Famous Kuching 3 Layer Tea with BoBa
  • White Coffee with BoBa
  • Teh Tarik with BoBa
  • Hainan Kopi with BoBa

Peraduan Instagram Jadikan GBC Jodoh Anda 

Untuk yang suka join contest atau peraduan, jangan lepaskan peluang ye. Peraduan sudah bermula dari 16 November hingga 20 Disember 2020. Wajib untuk like dan follow The Chicken Rice Shop di Facebook, Instagram mahupun akaun Tiktok.

Cara penyertaan seperti berikut:
1. Peraduan dijalankan di Instagram Stories, Facebook dan Instagram Feed, dan TikTok
2. Beli Grilled Butter Chicken dari restoran The Chicken Rice Shop, dan ambil gambar.
3. Buka Instagram Stories dan cari penapis “fake video call”
4. Pilih mana-mana penapis “fake video call” dan pilih pilihan “Add Media”
5. Tambahkan foto Grilled Butter Chicken Menggunakan penapis “fake video call”, beritahu Grilled Butter Chicken betapa anda menyukainya
6. Muat naik video di Facebook / Instagram Stories atau TikTok (Profil dengan pengikut yang lebih tinggi)
7. Tag @thechickenriceshop dan hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken pada siaran / cerita anda dan pastikan ia dalam tetapan umum.
8.Penyerahan anda tidak boleh mengandungi Ketelanjangan, Perkauman, Seksisme atau Kandungan Sensitif atau Diskriminasi yang lain

Layan video Grilled Butter Chicken

Hadiah Untuk Pemenang
10 pemenang akan di cari dimana andaakan memenangi 1 x e-voucher for Grilled Butter Chicken Meal A. Video yang paling kreatif akan di pilih dan pastikan anda turut serta. Mana tahu tuah anda-kan? Untuk maklumat tentang peraduan dan juga pemenang boleh layari :



2 thoughts on “Grilled Butter Chicken Menu Terbaru Di The Chicken Rice Shop”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top