Filem: Gelak Sakan Tonton Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Gelak Sakan Tonton Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Preview Screening
Preview Screening
Alhamdulilah KP di beri peluang untuk menyaksikan preview filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Semestinya ini adalah tajuk filem yang panjang setakat ini yang KP pernah tonton atau di tontonkan. Lokasi di ecurve Cineleisure, KP bersama rakan blogger dan rakan media di jamu dahulu dengan hidangan hari raya (kebetulan masih lagi di bulan Syawal) sebelum bergelak ketawa mahupun menakutkan.
Mangkin Prestij sekali lagi menjadi salah sebuah produksi filem yang berterusan menerbitkan filem bagi musim 2014 ini. Setelah berjaya dengan filem Ia Wujud yang menjadi filem pertama terbitannya, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa menjadi filem kerdua produk terbitan Mangkin Prestij. Filem bergenre komedi seram menampilkan satu lagi rencah komedi yang segar buat penonton yang mana kita dapat lihat permintaan terhadap filem bergenre seperti ini amat tinggi.
q7
Hashim Rejab sebagai pengarah menampilkan pelakon utama iaitu pelawak-pelawak tempatan. Kumpulan Bocey(Abam, Acey dan Fad)di pilih untuk meneraju filem ini dengan di bantu Yassin SYJ dan Epy Kodiang dimana mampu menghiburkan para penonton dalam menyampaikan komedi mereka yang bersahaja dan mempunyai mesej yang secara tidak langsung kepada penonton. Semestinya gabungan ini yang bersahaja dan memberikan komedi yang bersahaja.
Sinopsis  Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa 
 Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa mengisahkan kehidupan suka duka 3 sahabat baik .
Rudy(Achey) berkerja sebagai pelakon tambahan dan sering memainkan watak hantu didalam setiap filem yang di ceburi
Akhiruddin(Abam) berkerja sebagai perkerja stesen minyak .Remy(Fad) seorang pengilap kasut di kaki lima di kota raya.
q3
Kehidupan mereka adalah kehidupan bujang zaman sekarang di mana tatkala hujung bulan terpaksa mengikat perut dan sebagainya. Mereka menyewa rumah milik Pak Cik Osman( Yasin SYJ) di mana sudah 3 bulan sewa mereka tertunggak. Pak Osman sering meminta duit sewa dari mereka kerana niatnya ingin menunaikan haji dengan tambahan duit sewa mereka yang tertunggak namun ada sahaja alasan yang di beri oleh mereka. Satu hari, anak saudara Pak Cik Osman – Saipol (Epy Kodiang) merupakan mat rempit ingin menumpang menyewa rumah mereka.
Pada malam tersebut, Saipol telah memenangi perlumbaan motor haram dan membawa RM 10,000 ke rumah sewa. Rudy pula secara kebetulan pulang selepas berlakon dengan kostum pontianaknya dan mengakibatkan Saipol terkejut dan mati. Akhiruddin dan Remy secara kebetulan pulang pada masa yang sama.Panik dan memikirkan apa yang perlu di lakukan dengan mayat Saipol
q8 - Copy
Apakah yang berlaku seterusnya?
Adakah Saipol menjadi hantu untuk menuntut wangnya kembali?
Adakah Rudy, Remy dan Akhiruddin akan di bayangi dengan roh Saipol?
Jom readers semua ke panggung wayang untuk mengetahui apa yang terjadi dan moga segalanya akan terjawab. Saksikan di pawagam bermula August 14,2014
q6
#kitepunye #previewfilem #filem #mangkinprestij #komediseram #seram
logo

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top