GEGAR GEMPAK RAYA 2019 Berlangsung 72 Jam di MAEPS Serdang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

GEGAR GEMPAK RAYA 2019 72 Jam di MAEPS Serdang| Walaupun baru sahaja 4 hari Ramadan ,pasti ramai yang sudah mencari-cari persiapan raya untuk tahun ini. Jadi festival atau karnival jualan sempena raya bakal di kunjungi oleh orang ramai. Kali ini Festival Gegar Gempak Raya 2019 bakal dianjurkan oleh Aisy Azka Event Management Services. Memastikan festival kali ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengunjung. Yang lagi menarik untuk memecah rekod bagi “Largest Foodtruck Gathering” di bawah Malaysia’s Book of Record.

Mengikut trend tahun ini Festival Gegar Gempak Raya 2019 ini akan diadakan pada 24 Mei 2019 dari jam 12 pagi sehingga 26 Mei 2019 tanpa henti selama 72 jam ye. Untuk fiesta trak makanan pula dikatakan akan berada di sini selama 3 hari tetapi bermula dari 4 petang hingga 5 pagi .
Konsep yang dibawakan merupakan beramal sambil berniaga dan mesra ibadah memberi manfaat kepada pengunjung dan usahawan yang ingin menunaikan terawih berjemaah selain dari berbuka puasa piknik bersama dengan keluarga sebelum kembali membeli persiapan Aidilfitri. Jom sahur dibawa khas bersama VIP dan sponsor makanan; Arabic Kitchen bagi memeriahkan keadaaan di luar waktu puncak.
Bukan setakat jualan dari segi kelengkapan raya, berbuka puasa GEGAR GEMPAK RAYA (GGR) Kongsi Kebahagiaan bakal diadakan  pada 25 dan 26 May 2019. Antara aktiviti yang ada seperti rewang penyediaan bubur lambuk, menganyam ketupat dan rendang bagi orang awam yang hadir. Turut serta dalam festival ini antaranya 45 selebriti tempatan yang bakal di tempatkan di setiap gerai dan booth dan juga para usahawan yang menggabungkan produk keperluan diri dan rumah sekali gus menjadikan Gegar Gempak Raya 2019 satu lokasi yang membawakan kesemua keperluan di bawah satu bumbung.
Artis atau selebriti yang bakal memeriahkan lagi Gegar Gempak Raya 2019 ini adalah seperti berikut :
1. ZAIN SAIDIN
2. ROZITA CHE WAN
3. RASHID JAAFAR
4. KAPTEN MOHD NOR
5. HAZAN SCAN
6. SHARNAAZ AHMAD
7. NINA FAZURINA
8. SYED ALI
9. ZAZLY BAGINDA
10. HARIEYANTO HASSAN
11. MAZNAH ZULKIFLI
12. QAZEM NOR
13. SITI FAIRUS
14. S.MARIAM
15. NINA ISKANDAR
16. AYU DAMIT
17. REYHANA
18. DEJA MOSS
20. IZZUE ISLAM
21. ASHRAF MUSLIM
22. RIEZMAN KHUZAIMI
23. ERNIE ZAKRIE
24. SYAMEL
25. NORANIZA IDRIS
26. SHAFIQCUTE
27. ZULIN AZIZ
28. NABIL
29. ALIF SATAR
30. MARIA TUNKU SABRI
31. EZZATY ABDULLAH
32. PUTRA AMARIS
33. ELYANA
34. BADRUL MUHAYAT
35. ARIFF AZIZ
36. ACHEY
37. ZAITON SAMEON
38. NIZAM RAHMAN
39.ARJA LEE
40. DANNY X-FACTOR
41. BLACK HANIFAH
42. ZOEY RAHMAN
43. ROSLAN SYAH
Usahawan tempatan dari kepelbagaian produk dijemput hadir bagi memeriahkan dengan harga akhir antaranya RM2,700 bagi zon standard manakala RM3,500 bagi zon tumpuan yang berada di hadapan pintu masuk dan keluar bersama “standard shell scheme”. Mari kita memartabatkan ekonomi semasa sambil beribadah sambil berniaga sambil membantu ekonomi usahawan tempatan.

Instagram :https://www.instagram.com/gegargempakraya2019/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top