GADJET

Wiko Tommy 3 Sesuai Untuk Hadiah Buat Tersayang

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Wiko Tommy 3 Sesuai Untuk Hadiah Buat Tersayang| Smartphone atau handphone adalah benda yang wajib ada pada setiap individu. Ada yang mempunyai lebih dari 1 dimana untuk office lain dan personal lain . Ada pula personal lain, business lain, streaming lain . Haa… untuk anda yang mana pula.. adakah sama diatas atau berlainan. Buat KP semua di atas dan KP sendiri mempunyai 3 smartphone ( bukan nak berlagak ) tapi sebab-sebab tertentu agar tidak bercampur-adul.  Antaranya agar ada phone standby jika tiada batteri, liputan network yang tidak berapa kuat dan paling penting untuk ambil gambar. Untuk blogger, camera memainkan peranan penting dalam sebuah smartphone

KP nak rekomenkan untuk anda yang nak bagi pada mereka yang tersayang. Tak perlu tunggu hari penting tapi sempena Ramadan pun boleh. Apa kata kita hadiahkan smartphone . Yess…!!! Smartphone Wiko Tommy 3.

Informasi tentang Wiko Tommy 3

Ianya adalah smartphone yang berasal dari Perancis. Wiko Tommy memasuki pasaran Malaysia sejak 2016 dan kemudian mempunyai beberapa model lain diantaranya seperti UPulse , View Prime, Tommy2, Sunny 2 Plus dan lain-lain. Wiko Tommy 3 adalah yang terbaru dimana ia mempunyai spefikasi yang lebih dan sesuai untuk jadikan sebagai phone sampingan

Sempena Ramadan, bakal handphone Raya ini boleh didapati harga yang ditawarkan iaitu RM 329. Bukan setakat handphone sahaja yang anda dapat tetapi anda bakal dapat GIFT BOX secara PERCUMA. Didalam gift box itu adalah

  • iRing
  • Headphone
  • Selfie Stick

**Stock adalah terhad

Bagi KP , handphone Wiko Tommy 3 ini memang sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar kerana sekarang adalah zaman social media, zaman digital. Rata-rata survey yang di buat setiap kanak-kanak pasti ada sebuah smartphone untuk kegunaan sendiri selain ibu dan ayah dapat menghubungi jika ada apa -apa hal. Antara spefikasi yang menarik perhatian KP adalah

– 18:9 Format Widescreen
– 5.45″ IPS Display
– 4G LTE
– 16GB ROM (Expandable via MicroSD)
– 8MP Rear Camera & 5MP Selfie Flash Front Camera
– Ciri-ciri Kamera (Auto-HDR, Live filter, Face beauty dan pelbagai lagi)
– Android 7.1 (Nougat)
– Dual SIM

Memandangkan ianya Wide Screen, yang pertama sekali KP gunakan selepas membeli semestinya menonton movie dari Youtube. Memang puas hati sebab screen nya besar dan masing-masing kelihatan puasa untuk menonton. (ini berlaku bila anda menonton bersama anak-anak)

Untuk anda yang suka video, ini antara video yang sempat KP rakamkan tanpa sebarang edit ye. (abaikan model comel itu ye) Gambar yang terang dan sharp apabila membuat shoot.

Part yang ini paling best, kids dapat main apps yang sempat KP download.

Pertama – Cross word

Sesuai dimain oleh kids, menguji minda untuk membuat ayat dengan menggunakan perkataan yang ada. Memandangkan ianya perlu di jawap dengan pantas, sentuhan jari pada huruf diskrin memainkan peranan penting. Lihat kelatah sewaktu bermain.

Kedua – Muslim Pro

Sempena Ramadan, dengan applikasi ini dapat membantu KP dan kids mengetahui waktu Imsak dan berbuka puasa. Selain itu dapat juga membaca surah-surah seperti didalam Al – Quran. Ada juga Makkah Live , Tasbih dan Daily Inspiration untuk menjalani kehidupan seharian . Ini baru diantara masih ada lagi yang lain

Surah dari Al-Quran

Waktu Solat 5 Waktu 

Tasbih digital pun ada dengan applikasi Muslim Pro 

Berbalik pada promosi atau tawaran sempena Ramadan, tempoh promosi adalah dari 15 Mei  sehingga 14 Jun 2018. Boleh dapatkan telefon ini dari ejen-ejen Wiko yang berdaftar, Lazada, Shopee dan FB WikoMalaysia. Warranty pula selama 4 bulan  (bergantung kepada terma dan syarat).

Jadi jangan lupa dapatkan Wiko Tommy 3 agar anda seiring seperti muda-mudi. Untuk dapatkan maklumat lanjut layari

Website Wiko https://my-en.wikomobile.com/

Instagram Wiko https://www.instagram.com/wikomobilemy/

Facebook Wiko https://www.facebook.com/WikoMalaysia/

#wikomobilemy
#wikoTommy3
#wikoraya