EVENT GADJET

Moto Z2 Play, Moto ModsTM, Moto C & Moto E4 Produk Terbaru Motorola

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Moto Z2 Play, Moto ModsTM, Moto C & Moto E4 Produk Terbaru Motorola | Adakah telefon anda cukup pintar untuk memenuhi semua keperluan anda? Adakah anda mahukan teknologi yang lebih baik daripada telefon pintar? 

Motorola hari ini mengumumkan penambahan baru kepada keluarga Moto Z dengan Moto Z2 Play serba baharu yang mampu bertukar menjadi sesuatu yang anda mahukan secara serta-merta dan pada bila-bila masa apabila dipadankan dengan Moto Mods. Dengan rekaan bentuk nipis, ringan dan prestasi lebih pantas, Moto Z2 Play menawarkan ciri-ciri yang anda idamkan. Pada masa yang sama, ia juga mampu menyediakan pengalaman yang transformatif menerusi Moto Mods.

Moto Z2 Play

Moto Z2 Play baharu menampilkan rupa bentuk unibody metal sepenuhnya yang direka dengan terperinci. Selain cantik dan bergaya, ia mampu menahan penggunaan secara lasak pada setiap hari. Paparan Full HD Super AMOLED bersaiz 5.5” membuatkan permainan video, foto dan video dipaparkan di atas skrin dengan warna yang jelas menonjol bersama perincian yang cukup tajam. Untuk mendapatkan pengalaman optimum dari pemproses 2.2GHz octa-core, bateri yang dilengkapkan bersama mampu bertahan sepanjang hari dan sehingga hari seterusnya tanpa sebarang masalah. Terlupa untuk mengecaj Moto Z2 Play? Tiada masalah – hanya 15 minit pengecasan untuk dapatkan kuasa sehingga 7 jam.

Moto Z2 Play serba baharu kini sudah mula dijual di semua pengedar dan kedai Lenovo Mobile yang sah. Ia didatangkan dengan dua warna – kelabu (Lunar Grey) dan emas (Fine Gold); pada harga RM1,999.

Cari Kereta Motorola!

Daripada 7 hingga 12 Julai 2017, para pelanggan di Lembah Klang boleh mencari kereta Motorola dan merebut peluang untuk memenangi Moto Z2 Play baharu bernilai RM1,999 serta pelbagai hadiah harian! Untuk maklumat lanjut mengenai mekanisma peraduan, laluan kereta dan perinciannya, ikuti: www.fb.com/MotoMsia.

Moto ModsTM

Rangkaian telefon pintar Moto ZTM dengan Moto ModsTM membolehkan pengguna melakukan perkara yang sebelum ini mustahil dilakukan dengan sebuah telefon. Daripada memancarkan skrin sehingga 70 inci di mana-mana sahaja hinggalah penambahan zoom optikal sehingga 10x, Moto Mods sememangnya menawarkan inovasi mudah alih yang tiada tandingan. Menerusi peranti generasi seterusnya, anda boleh menerokai lebih banyak pengalaman dan cara untuk mengubah telefon pintar anda.

Moto C

Moto C pula ialah telefon pintar berkuasa yang mampu menyelesaikan tugas tanpa perlu membebankan poket anda. Paparan bersaiz 5 inci membolehkan pengguna menikmati foto dan video dengan lebih perincian serta jelas. Rakam gambar secara spontan, walaupun di bawah cahaya yang suram dengan kamera belakang 5MP pada Moto C yang dilengkapi flash LED. Rakam juga saat-saat selfie terbaik dengan kamera hadapan 2MP yang disokong oleh lampu selfie. Tidak perlu bimbang apabila perlu mengecaj bateri pada hari yang sibuk. Moto C didatangkan dengan ciri 3G dan berwarna starry black bersama bateri berkuasa 2,350mAh. Dengan ciri dua kad SIM, telefon pintar ini menawarkan fungsi dua telefon dalam satu, jadi pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Moto C boleh didapati dalam dua varian warna iaitu hitam (Starry Black) dan putih mutiara (Pearl White) pada harga RM399. Manakala Moto C Plus pula hadir dalam dua varian warna iaitu hitam (Starry Black) dan emas (Fine Gold) pada harga RM539.

Moto E4

Moto E4 dan Moto E4 Plus baharu merupakan dua model telefon pintar Motorola yang boleh dipercayai. Ia menawarkan gaya serta ciri-ciri luar biasa pada harga mampu dimiliki. Moto E4 menggabungkan perkara yang anda mahu serta perlukan pada sebuah telefon pintar, semua ini dengan harga yang pasti anda suka. Jika anda sentiasa mahukan yang lebih, dapatkan Moto E4 Plus. Dengan rekaan metal yang licin, paparan HD dan kapasiti bateri yang besar, ia membolehkan pengguna untuk melakukan lebih banyak perkara dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Moto E4 dan Moto E4 Plus menampilkan paparan HD bersaiz 5” dan 5.5”. Kedua-duanya dikuasakan oleh AndroidTM 7.1.1 bersama pemproses MediaTek Quad Core yang membolehkan pengguna melakukan tugas tanpa sebarang gangguan.

Moto E4  ditawarkan pada harga RM639 serta hadir dalam dua varian warna iaitu kelabu (Iron Gray) dan emas (Blush Gold). Moto E4 Plus pula berharga RM799 serta didatangkan dalam dua varian warna iaitu kelabu (Iron Gray) dan emas (Fine Gold).

Dengan Moto C, Moto C Plus, Moto E4 dan Moto E4 Plus, Lenovo memberikan anda kebebasan untuk memilih daripada satu rangkaian telefon pintar yang padat dengan ciri-ciri penting, pada harga lebih mampu milik.

Semua model Moto Z2 Play, Moto C, Moto C Plus, Moto E4 dan Moto E4 Plus kini sudah boleh didapati di semua pengedar serta kedai-kedai sah Lenovo Mobile. Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu Moto, sila layari

Website Motorola : https://www.moto.com/my/home

Facebook Motorola :  www.fb.com/MotoMsia.