GADJET PRODUCT

Honor 9 Lite Boleh Didapati Melalui Shopee Online Mulai 9 Mac 18

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Honor 9 Lite Boleh Didapati Melalui Shopee Online Mulai 9 Mac 18| Sekarang ini keluaran smartphone seperti cendawan tumbuh. Ada sahaja model terbaru yang akan dikeluarkan untuk memastikan yang para pengguna berpuas hati sewaktu membeli dan menggunanya. Kali ini KP ingin kongsikan bersama dimana Honor berkolaborasi bersama Shopee Malaysia untuk memberi peluang kepada lebih 9 juta pengguna Shopee di Malaysia membeli melalui online tanpa perlu ke store/ outlet 

Apa yang menarik ialah jika anda membeli Honor 9 Lite melalui Shopee online anda bakal menikmati harga istimewa iaitu RM 699 sahaja dimana harga pasaran ialah RM 749. Ini adalah kerjasama terbaru antara Honor dan Shopee Malaysia

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee,

“Kami berbangga daat berkerjasma dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat berkerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada  pengguna kami.

Apa yang menarik tentang Honor 9 Lite

Dikatakan produk ini adalah yang pertama di lancarkan di Malaysia buat anda yang meminati selfie atau bahasa Malaysia iaitu swafoto. Ianya mempunyai 2 kamera di hadaoan khas untuk anda yang sukakan swafoto . Selain itu  2 lensa 13MP + 2MP dibahagian hadapan dan belakang bakal memberikan gambaran yang cantik , jelas dan ia dikuasakan dengan cip pemprosesan .Ia dibekalkan dengan bateri berkuasa 3,000 mAh yang boleh menampung pengunaan harian.Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam 2 variasi warna iaitu Sapphire Blue dan Glacier Gray.

Nak Menang Honor 9 

Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baru ini. Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang cantik atau kacak, tag pada @shopee_mydengan hashtag #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 – 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor‘yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.

150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybeline New York bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diinspirasikan daripada trend terhangat dari New York yamg akan berkerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor‘.

Untuk maklumat lanjut, layari

Website Shopee Malaysia : www.shopee.com.my/honormy. officialstore

Website Honor :www.hihonor.com.my