Gadis Vroom Vroom Lakonan Elizabeth Tan – Terbitan Skop Production

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gadis Vroom Vroom Lakonan Elizabeth Tan – Terbitan Skop Production di TV2|Penyanyi dan pelakon cantik Elizabeth Tan yang selesa dipanggil Lizzy bakal muncul sebagai watak utama dalam telefilem menonjolkan kisah cinta gadis litar diberi tajuk Gadis Vroom Vroom disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 10 Julai ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2. Ini adalah terbitan Skop Production untuk disiarkan di TV2

Gadis Vroom Vroom
Menerusi telefilem diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd ini, kemampuan Lizzy diuji dengan kebolehannya membawakan watak Sarah, gadis yang lasak dan memerlukannya beraksi di litar sebagai pelumba kereta profesional. Bergandingan dengan watak utama lelaki dikenali sebagai Ray lakonan Dazrin Kamaruddin, Lizzie menjelmakan dirinya sebagai watak Sarah yang tanpa sengaja ditawarkan menyertai pasukan Ray Racing Academy.

Situasi itu berlaku selepas Ray, seorang bekas pelumba profesional secara tidak sengaja melihat cara pemanduannya yang ketika itu sedang dalam kecewa kerana putus tunang. Konflik bermula selepas Sarah menyertai pasukan tersebut dimana pelbagai syarikat berminat untuk memberi penajaan. Namun pada masa sama Sarah terpaksa berhadapan dengan perasaan cemburu Lisa lakonan Nazeera Sardi yang merupakan rakan sepasukan dan juga tunang kepada Ray.

Lalu siapakah yang menjadi pilihan hati Ray? Bagaimana Sarah berdepan dengn situasi tersebut dan apakah tindakan yang diambil dirinya untuk tidak mengecewakan hati orang disekelilingnya? Telefilem ini turut dibintangi oleh Mustaqim Bahadon, Wanna Ali, Amai Kamaruddin dan ramai lagi.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



About The Author

1 thought on “Gadis Vroom Vroom Lakonan Elizabeth Tan – Terbitan Skop Production”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top