FOOD

Western Mania ; Executive Express Lunch di Pearl International Hotel

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Express Lunch adalah yang dicari-cari oleh mereka yang berkerja di mana masa untuk makan tengahari selama 1 jam bukanlah lama. Dalam 1 jam itulah untuk sampai ke destinasi, untuk order makanan , tunggu makanan siap dimasak dan hidang barulah boleh menikmati hidangan. Jika anda inginkan Express Lunch dan suka pada makanan western apa kata anda singgah di Pearl International Hotel untuk menikmati set ‘Western Mania’ hidangan Executive Express Lunch img20170110123221.jpg

Executive Lunch Express 

Ianya bermula dari 1 December 2016 hinggalah hujung bulan ini iaitu 28 Februari 2017. Memandangkan Lunch Express jadi ia bermula dari jam 12 tengahari hingga 3 petang untuk Hari Isnin – Hari Jumaat sahaja. 3+1 Deal adalah yang terbaik dimana anda dapat memilih dari 3 menu yang ditawarkan antara nya

  • Beef/Lamb Meatball Spaghetti with Tomato Concasse, Parmesan Cheese and Cream
  • Grilled Chicken Chop with Mixed Garden Salad, French Fries and Oriental Cause
  • Panfried Fish with Buttered Vegetables, Garlic Butter Rice and Tumeric Cream Sauce
pearl+international+hotel (77)

Setiap set yang anda order anda akan mendapat ice lemon tea , salad dan juga soup of the dayimg20170110123924.jpg Salad img20170110123415.jpg

Maaflah kalau salad memang saya seorang makan tak boleh kongsi .Makanan yang sihat agar kesihatan terjaga
img20170110123935.jpg

Soup of the day img20170110123424.jpg

Untuk Main Course;

Beef/Lamb Meatball Spaghetti with Tomato Concasse, Parmesan Cheese and Cream
img20170110124520.jpgUntuk spaghetti ini anda boleh memilih sama ada inginkan meatball beef atau lamb. Yang penting meatball -nya tidak berbau ok tak kira mana satu pilihan andaimg20170110124528.jpg

Grilled Chicken Chop with Mixed Garden Salad, French Fries and Oriental Causeimg20170110124554.jpg Chicken chop nie WIN sebab oreintal sauce dia layan. Bagi KP tak masam , tak manis dan tak masin sedang- sedang elok. img20170110124610.jpg

Panfried Fish with Buttered Vegetables, Garlic Butter Rice and Tumeric Cream Sauceimg20170110124421.jpg KP memang suka sayur yang di hidangkan sebagai side dish dan tumeric cream sauce pun pekat. Nampak tak ada lemon disisi . Jika nak kan masam sedikit jangan lupa perah tau .
img20170110124431.jpg

Kalau tanya KP memang tak rugi makan disini , berbaloi dengan harga yang anda bayar dan suasana di Cafe 5 Pearl International Hotel ini damai dan menyamankan. Boleh sahaja menikmati hidangan di dalam cafe atau di luar bagi yang inginkan menghirup udara segar. Sekali sekala beralih arah menjamu selera ok apa. So, jom ke sana tuk lunch minggu depan , mana tahu rejeki anda KP belanja …!!!

Hubungi: 603-7983 1111

Alamat : Cafe 5,Pearl International Hotel, Batu 5, Jalan Klang Lama, 59000 Kuala Lumpur
Website Pearl International Hotel : http://www.pearl.com.my/
Facebook Pearl International Hotel :https://www.facebook.com/pearlinternationalhotel.kualalumpur/

Sedapkan Waffle & Ice Cream nie ( tapi ini tidak termasuk dalam pakej Executive Express Lunch ye !!!)

img20170110134955.jpg