FOOD REVIEW

Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam Hanya di PWTC KL

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam Hanya di PWTC KL | Peka dengan selera umat Islam yang lebih gemar makanan ringkas namun kepelbagaian seperti yang ditawarkan di bazar-bazar dan pasar malam. Kali ini KP bakal berkongsi salah satu lagi lokasi untuk berbuka puasa. PWTC mengambil pendekatan dengan menawarkan menu-menu khas di pasar malam di dalam keselesaan ruang berhawa dingin. Sama seperti di luar sana sewaktu musim bulan puasa. Dengan ini, pengunjung yang datang ke Selera Ramadan PWTC ini tidak perlu bersesak dan berpanas untuk mendapatkan juadah-juadah tersebut.

Selera Ramadan juga mempunyai , elemen-elemen pasar malam yang diketengahkan pada hiasan gerai, pakaian pelayan dan cef selain cara makanan dihidangkan. Bukan setakat makan dan minum sahaja dimana di sini juga para pengujung juga dihiburkan dengan alunan irama dn nyanyian oleh Kumpulan picha-Picha Featuring Linda Evan sepanjang bulan Ramadan nanti. Layan juga nyanyian merdu mereka ini

Antara juadah yang ditawarkan adalah apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti John, aneka kuih-muih Melayu, roti canai, murtabak, pisang goreng, cemepedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rojak buah dan air minuman seperti air tebu serta mata kucing.

 

Mulakan dulu dengan kerabu dan salad 

Antara menu utama yang patut di rasa dan di cuba sewaktu berada di sini

Tak lengkap raya kalau tiada lemang dan ketupat bukan ? Di hidangkan dengan serunding ayam dan daging.

Kari kepala ikan dan nasi kandar

Selain juadah pasar malam itu, pasukan cef yang diketuai oleh Cef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari. Jom tengok apa yang ada untuk pencuci mulut .. Ini baru sebahagian ajer tau

Suka dengan cara hidangan minuman sejuk di sini

Pengunjung boleh menikmati bufet dengan tenang kerana mereka boleh menunaikan solat berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3. Segala kelengkapan seperti telekung dan sejadah disediakan.

Baucar bufet Ramadan ini akan ditawarkan pada 17 Mei nanti pada harga:

  • Dewasa RM88
  • Kanak-kanak RM45
  • Warga emas RM75
  • Pembelian baucar early bird RM75 bagi mereka yag membeli sebelum 16 Mei

PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa untuk:

  • Persendirian-RM115 bersih untuk tempahan minima 50 orang & RM98 bersih untuk tempahan 100 orang ke atas
  • Korporat

Pakej ini diadakan di Dewan Bankuasi dengan persediaan hidangan bufet, sistem audio, ruang solat khas dan kadar bayaran parkir tetap RM5 untuk sekali masuk bermula jam 6 petang. Untuk tempahan atau pembelian baucar:

-Kaunter tempahan di aras 2 PWTC (9am-5pm)

-Restoran Riverside di 03-2614 6701/6702 atau 03-2614 6262