FOOD REVIEW

Me’nate Steakhub – Western & Local Delicacies Buffet Ramadhan 2018

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 Me’nate Steakhub – Western & Local Delicacies Buffet Ramadhan 2018 | Bulan Ramadhan bakal menjengah dan pastinya tercari-cari tempat untuk berbuka puasa dengan mereka yangtersayang. Lagi-lagi dengan ahli keluarga , buah hati mahupun rakan-rakan yang ada . Restoran Me’nate Steakhub tidak terlepas menganjurkan buffet Ramadhan 2018 dimana membawa kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya.  Dengan bertemakan “Western & Local Delicacies Buffet” yang pastinya, memberikan keunikan tersendiri kerana ianya menyajikan 3 set menu berbeza yang bersilih ganti setiap hari.

Restoran Me’nate Steakhub

Telah memenangi 2 anugerah berprestij pada tahun ini sebagai restoran stik dan makanan barat terbaik tanah air akan menyajikan hidangan bufet makanan barat dan tempatan yang pastinya memberi kepuasan kepada para pelanggan yang berbuka puasa di Restoran Me’nate. Mempunyai empat cawangan terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoran Me’nate steakhub juga mempunyai surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan solat.

 Restoran Me’nate Steakhub juga turut mengetengahkan konsep gerai untuk menampilkan kelainan dan pilihan mengikut kategori hidangan. Setiap gerai dan seksyen mempunyai menunya tersendiri. Dengan hampir 40 jenis hidangan setiap hari yang terdiri daripada seksyen pembuka selera, salad dan sup, gerai daging dan ayam panggang, seksyen mee, pencuci mulut, dan seksyen minuman sejuk dan panas akan disediakan untuk para pelanggan. Antara yang sempat rakam

Selain menghidangkan menu ala barat, Restoran Me’nate Steakhubjuga turut menghidangkan set nasi seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, nasi biriyani dan sebagainya bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang ingin menjamu selera.

Menu yang disediakan ini pastinya pilihan menu yang terbaik hasil daripada persepakatan para chef dan pihak pengurusan Me’nate Steakhub setelah meneliti secara terperinci juadah yang menjadi kegemaran para pelanggan sewaktu berbuka puasa.

 

Noodles station

Menariknya pakej bufet Ramadhan ini adalah ianya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak bermula jam 6.30 petang sehingga 8.30 malam dimana pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan juadah berbuka puasa yang pastinya berbaloi dan memenuhi citarasa anda yang gemarkan makanan barat dan makanan Melayu pada masa yang sama

 Tarikan utama di Me’nate sudah tentu seksyen panggangnya, jika kebiasaannya kita Iihat kambing golek menjadi tarikan utama, Restoran Me’nate Steakhub tampil membawa kelainan dengan menu unik yang istimewa Ramadhan 1439 Hinrah ini, iaitu rusa golek yang segar bakal menjadi hidangan yang ditunggu tunggu untuk berbuka puasa setiap hari di Restoran Me’nate Steakhub ini.

Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me’nate, tidak perlu risau kerana selepasjam 8.30 malam Restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa sehingga jam 11 malam.