FOOD REVIEW

Restoran La Figue , PV 128 Setapak

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Restoran La Figue bukanlah nama yang gah seperti nama restoran yang ada di Kuala Lumur ini. Restoran La Figue sebenarnya baru sahaja beroperasi 2-3 bulan lepas. Kalau anda yang biasa menikmati hidangan disini pastinya anda perasaan yang tiada lagi restoran Tappers kerana ia telah di ambil alih oleh La Figue.

Restoran La Figue , PV 128 SetapakBeroperasi dari Isnin hingga Jumaat mulai jam 10 pagi hingga 10 malam. Manakala untuk hujung minggu dan cuti umum akan di buka pada jam 930pagi hingga 10 malam. Menariknya disini, jika anda dapat mempamerkan kad pelajar anda bakal menikmati diskaun Restoran La Figue , PV 128 SetapakRestoran La Figue bukan sahaja restoran yang menghidangkan makanan seperti sarapan pagi, tengah hari, mahupun makan malam tetapi ada juga ruangan pastri dan kek buat mereka yang inginkan hidangan yang ringan seperti waktu minum petang. Sesuai untuk menikmati hidangan di sini bersama keluarga, saudara mara malah kawan-kawan juga kerana tempat nya boleh dipilih sama ada mahu diluar atau didalam berhawa dingin
Restoran La Figue , PV 128 SetapakKek yang ada disini pasti membuat kanak-kanak akan menikmati dengan bersungguh-sungguh Restoran La Figue , PV 128 SetapakSama seperti pastri yang ada adalah hasil dari Chef di La Figue.Restoran La Figue , PV 128 SetapakDekorasi dan warna didalam ruang makan restoran ini memang menyejukkan dan terasa selesea. Restoran La Figue , PV 128 Setapak

Pastri di La Figue 

Antara-antara pastri yang ada yang ini menjadi pilihan KP dan anak-anak

  • Apple Strudel
  • Garlic Bread
  • Egg Benedict
  • Chocolate Roll
    Restoran La Figue , PV 128 Setapak

Menu terbaru di La Figue Restoran

Big Breakfast Set – RM 13.90

Set ini dinamakan big breakfast set kerana banyak dihidangkan di dalam satu set ini . Di dalam hidangan ini grill chicken ham atau beef bacon, hash brown, cendawan , telur hancur, roti bakar dan kacang panggang. Sesuai untuk semua usia menikamati hidangan ini yang lengkap di pagi hari

Restoran La Figue , PV 128 SetapakSpagethi Carbonara (RM13.90)

Spaghetti Carbonara di sini mendapat 4 star out of 5 star dari anak-anak. Masing-masing suka akan spaghetti dan yang penting sekali sos carbonaranya tidak berapa pekat dan tidak berapa creamy. kata mereka sedang elok dan nampak sangat masing-masing menikmati hidangan ini Restoran La Figue , PV 128 SetapakHainanese Chicken Chop RM 13.90 (Sos Sekali )

Ianya adalah chicken chop dengan menggunakan sos tersendiri yang dibuat oleh Chef iaitu manis -manis masam seperti sos Hainanese. Selain itu hidangan dilengkap dengan sayur-sayuran yang di stew atau di rebus seperti kentang dan lobak merah

Restoran La Figue , PV 128 Setapak

Hainanese Chicken Chop RM 13.90 (Sos Asing)

sama seperti di atas cuma sosnya diasingkan . Yang ini baru boleh rasa garing ke tidak chicken chop yang dimasak

Restoran La Figue , PV 128 SetapakChicken Piccata (RM13.90)

Mashed potato sedap bila dimakan bersama ayam picacata
Restoran La Figue , PV 128 Setapak

Chicken Parmigiana
Ayam yang di goreng dan kemudian diletakkan cheese Mozzarella & Parmesan dimana ianya meleleh diatas ayam dan dihidangkan bersama dengan kentang goreng dan juga sayur coleslaw , sedikit salad
Restoran La Figue , PV 128 Setapak

Chicken Chop Mushroom Sauce RM 13.90 

Buat anda yang gemar chicken chop ini pun antara pilihan yang ada. Seperti biasa chicken chop di goreng garing dan dihidangkan bersama kentang wedges dan sedikit salad dituangkan bersama mushroom sauce. Boleh dinikmati bila-bila masa
Restoran La Figue , PV 128 Setapak

Pelbagai menu dihidangkan selain diatas seperti Pizza. Pizza yang bakal menjadi kegemaran masing-masing dan boleh dinikmati bersama tidak kira keluarga mahupun rakan-rakan

Hawaiian Pizza
Restoran La Figue , PV 128 SetapakHawaiian pizza adalah standard yang biasa dimakan tidak kira di mana restoran pizza.
Restoran La Figue , PV 128 SetapakMargarita Pizza

Pizza ini memang menyelerakan . Tomato, basil dan cheese sahaja dan membuat nya lagi sedap kerana crispy
Restoran La Figue , PV 128 SetapakLihat cheese yang ditarik … pastinya tertarik kerana ianya menarik bukan ?Restoran La Figue , PV 128 SetapakOkonomi Pizza 

Kalau okonomi pizza pula mungkin memberi kelainan buat anda . Kalau penggemar tokoyaki pastinya anda tidak ragu-ragu untuk memesan pizza ini Restoran La Figue , PV 128 Setapak

La Figue menerima juga jika ada di antara anda yang ingin membuat jamuan seperti jamuan harijadi, perpisahan mahupun “baby/bridal shower” boleh sahaja membuat tempahan. Tempatnya luas untuk membuatkan sambutan anda menjadi moment yang terindah. Jadi kalau ke PV 128 Setapak jangan lupa singgah di sini ye . Alamatnya

La Figue
GM-26, PV128, Jalan Genting Kelang
53300 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-4144 2229 /  6016-719 9773
Boleh juga layari di Facebook La Figue untuk promosi terkini dan ini KP belanja lagi sekeping gambar pastri apple strudel. Memang pastrinya sedap
Restoran La Figue , PV 128 Setapak