FOOD REVIEW

POKKA Bukan Sekadar Kopi Tetapi ….

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

POKKA Bukan Sekadar Kopi Tetapi ….

POKKA ? Perkara pertama di fikiran apabila menyebut produk POKKA adalah kopi. Ye !! Kopi adalah di antara salah satu produk yang ada didalam kumpulan POKKA. Bahan-bahan yang di gunakan dalam pembuatannya semuanya adalah bebas bahan pengawet , tiada pewarna, citarasa kopi adalah yang sebenar dan penting sekali ianya HALAL untuk diminum. POKKA memenuhi semua persoalan yang ada di minda anda bukan ? Sebenarnya POKKA juga mempunyai produk yang sedia di minum dan mempunyai lebih dari 50 jenis minum dan selalu memastikan yang produk jua pembungkusan mengikut trend terkini

 

Image result for pokka

Informasi tentang POKKA

Tahun 1977, POKKA Corporation telah di tubuhkan di Jepun. (http://www.pokka.co.jp) Kemudian ditubuhkan pula POKKA Corporation Private Limited yang beroperasi di Singapore. (http://www.pokka.com.sg),Ini adalah tempat utama dimana semua produk POKKA di haslikan terutama makanan dan minuman yang dijual di pasran termasuk di Malaysia, Singapura semestinya dan Asia Pasifik

Tahukah anda dimana POKKA Corporation mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam industri minuman dan lebih 16 tahun di restoran dan pengurusan outlet makanan.

Produk POKKA

Produk POKKA terdiri daripada beberapa kategori, kebanyakkannya adalah (ready to drink) :

1. Teh Asia (Asian Tea)
2. Teh Barat (Western Tea)
3. Kopi (Coffee)
4. Varian Susu (Milk Range)
5. Jus Buahan (Fruit Juice)

 POKKA Natsbee Honey Lemon Bersama Lemon dan Madu

Jus Limau Madu ini diperkaya dengan vitamin C dan sesuai di ambil pada waktu pagi sebagai tambahan suplemen vitamin C anda. Sedap diminum dalam keadaan sejuk dan rasanya yang masam manis dapat membuat anda menjadi segar. Oh ye ini juga di antara minuman pengubat jika anda mengalami sakit tekak mahupun batuk

POKKA Teh Hijau Jasmin

Teh Hijau atau Green Tea sebenarnya adalah produk yang terunggul atau dikategorikan sebagai produk utama di POKKA.. Sebut sahaja Teh Hijau pastinya anda tahu kebaikan meminumnya. Teh yang dihasilkan mengandungi beratus-ratus sebatian dipanggil polifenol. Bertindak sebagai antioksidan dimana ianya membantu meneutralkan molekul oksigen yang berbahaya di dalam badan yang dikenali sebagai radikal bebas. Biasnya molekul oksigen yang berbahaya ini dikaitkan dengan kanser, penyakit jantung dan yang lain.

POKKA Minuman Campuran Susu (Milk Drink)

Minuman susu dengan bahan-bahan yang segar telah menaikkan nama Pokka di mana rata-rata menyukainya . Buat masa ini , Melon Milk dan Cookies & Krim Milk diantara minuman campuran susu yang sudah berada di pasaran . Susu yang digunakan didalam minuman ini adalah susu rendah lemak jadi anda tidak perlu risau ye

POKKA Melon Milk 

Melon Milk mungkinlah bukanlah minuman yang biasa kita jumpa di pasaran. Tapi dalam siri minuman Pokka, ini antara air minuman menjadi pilihan. Dengan susu dan jus melon sebenar setelah dikombinasikan menjadikan ianya berbeza dan istimewa. Bagi mereka yang tidak boleh/minat minum susu, minuman ini pastinya pilihan terbaik, ini kerana kita akan lebih rasa melon. Susu ini boleh juga kita boleh jadikan salah satu ramuan untuk hasilkan puding dan didalam masakan yang lain.

POKKA Cookies & Cream

Susu yang mempunyai rasa biskut keluaran Pokka ini bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak malahan golongan dewasa juga. Saya sendiri suka menggunakan susu ini sebagai ramuan tambahan alam masakan terutama dalam menyediakan hidangan pencuci mulut.

Asyik bercerita pasal produk POKKA teringat keistimewaan produk POKKA yang bila ditanya secara rambang tentang perkara pertama tentang POKKA adalah Kopi a.k.a Coffee

Premium POKKA Coffee

Dihasilkan dari biji kopi premium yang terbaik tidak hairanlah rasa dan aromanya menepati citarasa kelas tinggi minuman kopi segera. Sememangnya kopi POKKA menjadi pilihan pertama masyarakat dunia sejak tahun 1972 lagi.

POKKA Cappucino Premium adalah yang minuman yang perlu dicuba. Kepekatan rasa kopi segar bersama rasa susu yang berkrim membuatkan mereka yang mencuba pasti teruja.

POKKA Milk Coffee Premium adalah yang minuman yang perlu dicuba. Kepekatan rasa kopi segar bersama rasa susu yang berkrim membuatkan mereka yang mencuba pasti teruja.

Ini baru sikit sahaja yang KP share buat anda semua , jadi kalau anda ingin kat informasi dengan lebih lanjut apakata layari
Website POKKA: http://www.pokka.com.my/