EVENT FOOD

Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18 Dari 3-5 Ogos 2018

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18 Dari 3-5 Ogos 2018  |Selami budaya makanan dan pelbagai jenis persembahan dari Thailand di Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18 yang akan datang. Dianjurkan bersama Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand (DITP), Hero Market dan HPG Marketing (M) Bhd, pesta ini akan berlangsung di 24 cawangan HeroMarket dari 3-5 Ogos 2018.

Sabai Sabai yang bermaksud rasa bahagia, santai atau selesa dengan sempurnanya merangkumi budaya dan gaya hidup Thai . Dengan tema ini pesta ini akan menampilkan pelbagai produk makanan Thai dan makanan ringan yang akan di jual di HeroMarket seluruh negara. Selain itu, terdapat banyak tawaran- tawaran istimewa untuk produk Thailand terpilih

“Ini adalah Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18 yang pertama dianjurkan bersama HeroMarket dan kami menjangka lebih daripada 70,000 pengunjung sepanjang tempoh perayaan . Sejak kebelakangan ini kami melihat peningkatan dalam permintaan produk Thailand yang berkualiti daripada pengguna Malaysia. Kami memilih HeroMarket sebagai rakan kongsi untuk promosi ini kerana semangat dan sokongan berterusan mereka. Di samping itu, kami berkongsi wawasan yang sama untuk pengguna Malaysia, iaitu untuk terus membeli lebih banyak pilihan produk berkualiti baik dari Thailand”

-Cik Patcha Wutipan daripada Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand

” Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18 untuk mempromosikan produk dan budaya Thailand dengan para pelanggan kami. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand untuk inisiatif ini dan mengalu-alukan kerjasama yang sama pada masa akan datang”

-Francis Teng, Pengarah HeroMarket

Sepanjang tempoh perayaan pelbagai produk baru akan dilancarkan di Malaysia. Ini termasuk snek buah-buahan inovatif dari J Fruit, produk gula-gula terkenal Thai – HACKS , keropok beras Jepun- DOCA, udang goreng dan kerepek ketam – Manora, Snek coklat Pocky, snek ikan rangup-Madam Fish dan banyak lagi .

“Thailand adalah salah satu daripada jiran terdekat kami dan setiap kali rakyat Malaysia melawat Thailand untuk perniagaan atau beriadah dimana kebanyakan mereka membeli produk Thai semasa perjalanan mereka. Walaupun kami mempunyai pelbagai produk Thai di rak-rak kami sebagai rakan kongsi Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18, kami dapat menawarkan lebih banyak kepada pelanggan kami yang inginkan kepelbagaian produk Thai “

-Sharon Hew, Pengurusan Pemasaran HeroMarket

Selain promosi di kedai pelbagai aktiviti diadakan. Dari 3-5 Ogos 2018 persembahan kebudayaan dan bengkel Thai yang akan mempamerkan gabungan budaya jua warisan Thailand yang diadakan. Selain itu dari 16-18 Ogos 2018 pengguna boleh melawat Desa Tebrau Johor Bahru untuk menikmati lebih banyak persembahan kebudayaan Thailand bersama perayaan makanan Thai dan pesta antarabangsa. Pengguna-pengguna yang membelanjakan lebih daripada RM 30 di HeroMarket sewaktu itu akan mendapat perkhidmatan urut Thai istimewa selama 15 minit dari Thai Odyssey secara percuma

Penerbangan ke Phuket Percuma

Dari 3- 31 Ogos 2018. setiap pembelian produk Thai RM 5 di HeroMarket, anda layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah menarik sempena Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18.

Pemenang hadiah pertama -tiket penerbangan pulang ke Phuket dan penginapan selama 4 hari 3 malam

Pemenang hadiah kedua – penerbangan pulang ke Hua Hin dengan penginapan selama 3 hari 2 malam.

Pemenang hadiah ketiga – hamper bernilai RM 500

Pemenang hadiah keempat – hamper bernilai RM 300

Pemenang hadiah kelima – Hamper bernilai RM200

Untuk maklumat lanjut layari

Facebook HeroMarket : https://www.facebook.com/heromarket

Facebook Think Thailand : https://www.facebook.com/thinkthailandmy