FOOD REVIEW

Pablo Baked CheeseTart Matcha Buat Peminat Green Tea

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pastinya anda sudah mendengar tentang Pablo Freshly Baked Cheese Tart bukan ?? Ini kerana kali ini ia mengeluarkan Pablo Baked Cheese Tart Matcha buat para penggemar green tea atau teh hijau. Ini adalah perisa terbaru yang anda boleh dapati disini jika anda mengunjungi di 1Utama Shopping Mall (Old Wing) bersebelahan dengan Wondermama.
img20170107144735.jpg

Pablo Baked Cheese Tart bukan sahaja terkenal dengan cheese tart mereka tetapi juga minuman seperti smoothies mahupun coffee. Kalau ingat lagi KP pernah menulis enteri tentang Pablo Baked Cheese Tart apabila ianya baru dibuka, klik dilink di bawah

Pembukaan Pablo Baked Cheese Tart
img20170107144458.jpg

KP berkesempatan untuk singgah di Pablo Cheese Tart merasa menu terbaru yang baru di keluarkan pada 11 Januari 2017 tempoh hari. Menu yang disediakan kali ini agak berlainan dimana ianya memberi peluang pada para penggemar cheese dengan gabungan perisa lain selain dari original cheese. Target kali ini pada peminat green tea dan juga chocolate. Haa .. nie bakal membuat KP singgah setiap minggu untuk membawa pulang . Eh apa kata jom usha menu terbaru yang ada
img20170107145453.jpg

  • Baked Cheese Tart Matcha Cheese Tart with Shiratama and Azuki beans
  • Baked Cheese Tart Chocolate
  • Matcha with Shiratama, Special Chocolate Frute
  • Matcha Cheese Soft Serve
  • Sabrel Cheese Green Tea

Baked Cheese Tart Matcha Shiratama and Azuki beans

Kelainan dengan yang Cheese  dimana ianya berwarna hijau. Pastilah berwarna hijau kerana perisa green tea. Dibuat dengan menggunakan serbuk matcha dan di gabungkan dengan paste kacang merah juga bola mochi. Tekstur dan rasa semestinya berlainan dengan originalimg20170107145548.jpg

Harga pula RM 49.90 sebiji ye. Boleh di makan seramai 4-5 orang ye.

img20170107145538.jpg

Baked Cheese Tart Chocolate

Siapa penggemar chocolate angkat tangan..!!! Kali ini baked cheese tart masih mengekalkan menunya cuma tambahan di letakkan perisa chocolate untuk menjadikan ianya satu hidangan yang lazat dan sedap. Kenapa kerana ianya freshly baked ye .. Terasa cheese nya walaupun disalut dengan chocolate

img20170107145542.jpg Tengok tu penuh dengan chocolate kan !!! Maaflah kalau yang ini patutnya boleh berkongsi seramai 4-5orang tapi dengan KP 2orang saja maximum ye . Nak lebih beli sendiri, murah sahaja RM 49.90 sebijiimg20170107145625.jpg

Sabrel Cheese Green Tea

Antara menjadi biskut kegemaran anak-anak KP. Kalau dulu masa pelancaran perisa cheese kali ini perisa green tea
img20170107145553.jpg

Walaupun green tea, bagi Irfan biskut nie sedap . Didalam kotak ada 12 paket kalau tak silapimg20170107145519.jpg

Matcha Cheese Soft Serve

Pada yang menggemari soft serve ini menu yang direkomen untuk anda. masih lagi berperisa green tea dan harganya cuma RM11.90 sahaja. Cair dalam mulut
img20170107145533.jpg

Matcha with Shiratama, Special Chocolate Frute

Diperbuat dari keju dan masih mengekalkan green tea didalam frute bersama dengan shiratama dan special chocolate untuk memberi keenakannya. nampak tak mochi yang bulat, sedap bila diminum sekali . Berpatutan dengan harga yang ditawar RM 15.90

img20170107145559.jpg

 

Untuk setiap pembelian 1 Baked Cheese Tart anda bakal mendapat Mini Cheese Soft Serve secara percuma. Offer hanya limited ya img20170107144451.jpg

Jadi, jangan lupa singgah di Pablo jika anda berada di 1 Utama Shopping Mall di tingkat 2 berdekatan dengan Wondermama. Inginkan perisa yang original ada juga dijual di sini selain dari menu terbaru green tea dan chocolate. So cuba jangan tak cuba ye ..!!

Layari

Facebook Pablo Baked Cheese Tart : https://www.facebook.com/Pablocheesetartmalaysia/