FOOD REVIEW

Nikmati Kari Kepala Ikan Untuk Dinner di Pearl International Hotel

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini KP berkesempatan menikmati kari kepala ikan untuk hidangan dinner a.k.a makan malam. Yang bestnya KP menikmati di salah satu hotel terkenal iaitu Pearl International Hotel. Menu yang disajikan seperti tajuk entri iaitu : KARI KEPALA IKAN. Untuk KP , kari kepala ikan kalau kena cara masakkannya dengan pelbagai rempah ratus yang digunakan pastinya ia membuka selera untuk makan dan bertambah lagi nasi jika sedapnya seperti menjilat jari. Ada yang gemar makan bersama nasi , ada pula bersama roti canai/roti paun dan ada pula Chappati seperti KP.

Promosi Fiery Fish Head Curry 

pearl+international+hotel (1)

Promosi ini dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dimana ianya untuk hidangan makan malam. Bagi hidangan makan malam ianya bermula 830 malam sampailah 1030 malam. Dengan bayaran RM 38.00++ seorang, anda pastinya berpuas hati dengan masakan atau hidangan yang bakal dimasak oleh Chef yang terkenal dan jauh asalnya.

Nikmati Kari Kepala Ikan Untuk Dinner di Pearl International Hotel

Kari Kepala Ikan

cafe 5

Chef Narahari adalah nama Chef yang memasak hidangan ini. Rempah ratus yang digunakan semuanya didatangi khas dari Delhi tempat asal beliau. Kari kepala ikan akan dimasak jika ada pesanan dan bukannya hidangan yang sedia ada, Minimum order untuk kari kepala ikan ialah 2 orang. Seorang yang pemalu tetapi berani mencuba membawa masakan dari tempat asalnya untuk kesesuaian disini.

Dari sini, kelihatan jelas penuh dengan isi-isi seperti sayur bendi, terung, cili, tomato dan pastinya ikan . Dah makan pasti nak tambah lagi punya.

credit pic: ciklilyputihpearl+international+hotel (46)Ini adalah antara isi yang dikeluarkan dari pot yang menghidangkan kari kepala ikan. Memang sedap kerana rempah ratus yang digunakan terasa keseimbangannya. Lagi sedap kalau dapat dicicah dengan chappati mahupun roti canai . Isinya segar dan sayuran yang digunakan pun dimasak dengan lembut.
img20170110125401.jpgTerliur sekejap bila menaip entri ini kerana terasa laparnya perut ini … Dah ada kari kepala ikan takkanlah nak ratah lauk sahaja bukan, jadi anda jangan risau dimana apabila anda order set promosi ini , anda akan mendapat

Sepinggan nasi putih bersama acar timun dan papadomimg20170110124457.jpg

Termasuk dengan air iced lemongrass with Gula Melaka untuk setiap hidangan

Hidangan ini boleh didapati di Pearl International Hotel dimana KP dah cuba dan pastinya akan kembali. Anda bagaimana?? Inginkan maklumat lanjut

Hubungi:603-7983 1111

Alamat : Cafe 5,Pearl International Hotel, Batu 5, Jalan Klang Lama, 59000 Kuala Lumpur
Website Pearl International Hotel : http://www.pearl.com.my
Facebook Pearl International Hotel :https://www.facebook.com/pearlinternationalhotel.kualalumpur/