FOOD REVIEW

“Mum, Queen of My Heart” di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Sempena Hari Ibu

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“Mum, Queen of My Heart” di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Sempena Hari Ibu

Bulan Mei terkenal dengan Sambutan Hari Ibu dan untuk tahun 2017 , hari ibu disambut pada 14 Mei 2017. Masih sempat lagi untuk mencari dan membuat tempahan untuk menyambut hari istimewa pada mereka yang bergelar ummi, umi, ibu, mama. mami. mummy dan pelbagai gelaran lagi. Kalau anda inginkan jamuan yang santai dan simple apa kata ke Grand Bluewave Hotel yang terletak di Shah Alam. Tahun ini masih lagi menyediakan promosi terbaik buat Hari Ibu

Jamuan Hi-Tea Hari Ibu

Mother’s Day Hi-Tea “Mum Queen Of My Heart”

Setiap tahun pasti ada tema dan kali ini Grand Bluewave membawakan tema “Bollywood” sempena Mother’s Day Hi-Tea “Mum Queen Of My Heart”. Pelbagai aktiviti diadakan sewaktu menjamu selera bersama ibu tersayang seperti

  • tarian bollywood
  • pakaian beragam terbaik (pastikan anda dan ibu anda mengenakan pakaian yang paling awesome ye)
  • pertandingan gubahan bunga,
  • pertandingan hiasan kek
  • seisi mengenal ibu dengan lebih dekat dimana teka apa ibu suka

Dari aktiviti yang dijalankan ini tidak lengkap jika tiada artis untuk menyemarakkan lagi suasana. Penampilan istimewa dari Ardilla Idris pastinya akan menghiburkan para tetamu dan menjadikan lagi bermakna apabila dedikasi untuk ibu tercinta boleh di salurkan di sini.

Mother's Day Hi-Tea Price

Untuk jamuan hi tea ini harga adalah Dewasa : RM 72.00+, Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 55.00+ dan Kanak-kanak (4 – 11 tahun) : RM34.50 +. Memandangkan ianya adalah hi tea jadi ia bakal bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4 .00 petang ye antara hidangan yang bakal dihidangkan buat para tetamu adalah ;

” Sebagai pembuka selera, anda akan di hidangankan dengan pelbagai Finger Sandwichesand Mini Open Face Sandwiches, pelbagai Cheese Platter with Crackers, Cold Chinese Salad of the day, Sotong Kangkung Padang Kota, Selection of Cold Cuts Platter, International Salad Bar with Assorted Dressings, Caesar Salad with Smoked Salmon, Rojak Buah Pulau Mutiara, pelbagai Sushi Rolls with Condiments, Selection of Canapes, Salmon Mousse dan Popiah Basah”

Antara hidangan Jamuan Hi-Tea Hari Ibu Selection of Canapes

Selain itu ada hidangan seperti Sup Cendawan dan Ekor Lembu Asam Pedas berserta pelbagai jenis roti dan mentega. Tak lupa juga gerai-gerai yang menyajikan Roti John, Pasta dan Asam Laksa.

Untuk sajian panas pula, anda boleh menikmati

“Ayam Pandan dengan Sos Percik, Roti Jala dengan Serawa Durian, Cajun Beef Tortilla Wraps, Seafood Sambal Pizza, Loh Bak Roll, Mushroom and Egg Tartlets, Fish Fingers with Tartare Sauce, Mini Seafood Pie,  Assorted Dim Sum with Condiments, Fried Wantan with Chili Dip, Golden Chicken Nugget dan Spicy Curly Fries with Cheese Dips.”

Ayam Pandan dengan Sos Percik Seafood Sambal Pizza

tema Bollywood kalau tidak ada hidangan tema ini. Anda boleh kunjungi gerai-gerai yang menyediakan Ulundu, Masala, Vaday, Puri, Pakoras, Muruku, Halwa, Laddu, Jelebi, Kaseri dan juga Gulab Jamun. Terdapat juga hidangan istimewa Bollywood iaitu Nasi Basmathi Lemon, Ikan Goreng Amarisari dengan Chutney Hijau, Aloo Ghobi dan Chicken Vindaloo

Muruku Laddu

Untuk pencuci mulut nya pula, akan disajikan

“Caramel Popcorn, Assorted French Pastries, Assorted Fresh Fruit Platter, ABC Stall with Condiments, Chocolate Fountain with Fruits and Marshmallow, Coated Chocolate Balls, Fruit Tartlets, Almond Biscotti, Cupcakes, Cookies, Macaroons, Bubur Cha Cha, Warm Apple Pie dan tak ketinggalan Assorted Ice-cream”.

Assorted Cakes and Pastries

tempahan di talian  03-5511 8811, Telemarketing samb. 2723, 2724 atau 2725 atau di Restoran Royale Songket samb. 2612. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST. Restoran Royale Songket  Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah mendapat pensijilan Halal, yang diiktiraf oleh JAKIM dan JAIS. Sungguh meriah jamuan ini dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini.