FOOD REVIEW

Menu Terbaru Dari Domino’s Pizza Puff Crust & Kek Lava Coklat Peanut Butter

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Yeaayyy… Domino’s sekarang telah melancarkan menu terbaru mereka iaitu Pizza Puff Crust & Kek Lava Coklat Peanut Butter. Menu terbaru ini boleh didapati di semua cawangan Domino’s seluruh Malaysia.  Pizza Puff Crust disajikan dalam bentuk segi empat . Ianya didatangkan dalam dua saiz iaitu besar dan kecil. Caj tambahan sebanyak RM5 dikenakan untuk pizza biasa dan RM7 untuk saiz pizza yang besar

d3

“It’s Pizza Puff-ection”. Itulah yang dicari oleh setiap pengunjung yang membeli dan menikmatinya. Kepuasan sewaktu memakan pizza adalah yang dicari kerana pizza bukan sahaja dimakan seorangan tetapi bersama rakan-rakan, kaum keluarga mahupun di majlis seperti hari jadi mahupun perpisahan. Pizza antara menu yang direkomen untuk majlis seperti ini. Laparnya perut… jom layan menu terbaru yang ada

Pizza Puff Crust :d1

Kali ini Domino’s menggunakan doh pastri sebagai ‘base’ atau kulit pizza. Ini memberikan kelainan antara Domino’s pizza dan yang lain. Apabila disebut pastri , pastinya anda tahu yang lapisan pastri ini ringan, dibakar hingga perang keemasan. Menariknya kerana ia adalah kombinasi lapisan mentega yang dibalut dengan lapisan helaian pastri..Untuk pizza puff crust kali ini, 2 menu terbaru dicipta iaitu

Fiery Beef Diavola

Spanish beef sausage, onions, mushrooms, baby spinach & cherry tomato on Spicy Sriracha sauce sprinkled with sriracha powder

d8 Untuk penggemar daging, menu ini agak berbeza dari yang biasa bagi KP kerana ada baby spinach dan cherry tomato dimana pizza yang lain tiada bahan-bahan ini. Selain dari menggunakan sos Spicy Sriracha diatas pizza, pastri pizza yang direka memberi kerangupan sewaktu memakannyad7

Sriracha Tuna

Tuna chunks, onion, pineapple & red chilli on Spicy Sriracha sauce sprinkled with coriander.
d10 Bagi anda yang meminati pedas mungkin menu ini sesuai dengan anda. ada tuna , nenas dan spicy sriracha sos untuk memberikan campuran kemanisan dan kepedasan kepada pizza ini d12

 Pencuci Mulut atau Dessert

Kek Lava Coklat Peanut Butter

d2Ini adalah menu pencuci mulut terbaru dari Domino’s. Biasa Kek Coklat Lava adalah menu yang memang ditunggu untuk dimakan sebagai penutup. Ini kerana apabila di potong coklat keluar seperti lava dan memang layan. Jadi kali ini di reka cipta menu baru berintikan mentega kacang atau peanut butter
d11Bukan sahaja peanut butter dimakan bersama waffle mahupun roti tetapi kali ini di letakkan sebagai inti disalut dengan kek coklat. Kalau nak tahu apa rasanya apa kata jom singgah di Domino’s ramai- ramai. Baru layan..
d5

Pilih antara 2 untuk RM 13.50 atau harga RM7 sebagai tambahan jika membeli pencuci mulut ini ke atas mana-mana pembelian pizza. Inginkan maklumat lanjut layari

Website Domino’s

Facebook Domino’s

Menu Terbaru Dari Domino's Pizza Puff Crust & Kek Lava Coklat Peanut Butter

#dominospuff #dominospizza #dominosmy